Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA lulus suntikan versi terkini vaksin Comirnaty Pfizer

Sasar subvarian Omicron semasa, bertujuan pastikan vaksin terus berkesan tangani virus Covid-19 yang berubah-ubah
Sep 15, 2023 | 06:49 PM



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty oleh Pfizer yang dikemas kini buat mereka yang berusia enam bulan ke atas.

Vaksin tersebut merupakan versi terkini vaksin Comirnaty asal yang menyasarkan subvarian Omicron semasa, menurut satu kenyataan HSA pada Jumaat (15 Sep).

Versi terkini vaksin itu dihasilkan bagi memastikan ia terus berkesan dalam memberi perlindungan daripada virus Covid-19 yang kian berubah.

Menurut HSA, semakan perlu terus dilakukan untuk mengemas kini vaksin Covid-19 yang diluluskan penggunaannya bagi memastikan keberkesanan vaksin tersebut.

Dalam semakan yang dilakukan itu, HSA berkata ia telah mempertimbangkan data menyeluruh yang diperolehi daripada versi vaksin Comirnaty sebelumnya.

“(HSA juga mempertimbangkan) data tambahan yang menunjukkan vaksin yang dikemas kini itu boleh mempertingkat respons imuniti terhadap subvarian Omicron lain yang tersebar,” ujar kenyataan itu lagi.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata vaksin tersebut berbeza daripada versi sebelumnya memandangkan ia tidak menyasarkan jenis virus lama yang “tidak lagi tersebar secara meluas dalam masyarakat”.

Menurutnya, bekalan vaksin baru dijangka tiba di Singapura lewat Oktober dan Kementerian Kesihatan (MOH) akan mendedahkan butiran lanjut sebelum stok tersedia bagi orang ramai.

Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 sedang menyemak data dan akan memberikan saranan mereka tidak lama lagi, tambah beliau.

Encik Ong berkata, kadar vaksinasi Covid-19 di Singapura kini semakin berkurangan dan beliau menegaskan pentingnya vaksinasi dalam usaha Singapura berpindah kepada pendekatan pencegahan dalam penjagaan kesihatan.

“Kita perlu lebih berwaspada. Kadar vaksinasi kita semakin merosot, dan ini bermakna perlindungan kita terhadap Covid-19 semakin lama akan semakin lemah,” ujarnya.

Mengulas lanjut dalam kirimannya di Facebook, Encik Ong menegaskan bahawa realitinya virus itu tidak semakin lemah, akan tetapi warga Singapura semakin terlindung disebabkan vaksinasi serta jangkitan yang sudah pulih.

Beliau menggalak golongan dewasa mendapatkan vaksinasi lebih kerap.

“Ini mungkin kerana tidak seperti negara maju lain, kita tidak perlu menghadapi musim flu dan kita juga tidak mempunyai hubungan kukuh dengan doktor keluarga, dan ini membuat vaksin kurang diterima dalam kalangan golongan dewasa di sini,” kata Encik Ong.

Namun, budaya vaksin kekal kukuh dalam kalangan golongan lebih muda.

Kebanyakan kanak-kanak telah menerima vaksin yang membantu mencegah penyakit seperti campak, rubella dan penyakit batuk kering, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >