Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA lulus vaksin baru Covid-19 sasar subvarian Omicron

Oct 13, 2023 | 06:44 PM



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah meluluskan penggunaan vaksin oleh Moderna yang dikemas kini bagi menangani Covid-19 dan melindungi daripada virus subvarian Omicron semasa.

HSA berkata pada Jumaat bahawa ia telah menyemak data yang menunjukkan vaksin yang dikemas kini itu boleh meningkatkan respons imun terhadap varian utama Omicron yang sedang merebak, termasuk XBB.1.5, EG.5 (Eris) dan BA.2.86 yang baru muncul.

Vaksin Spikevax yang dikemas itu kini boleh digunakan oleh mereka yang berusia enam bulan dan ke atas, lapor The Straits Times.


Kelulusan itu dibuat ketika Singapura kini mengharungi satu lagi gelombang jangkitan Covid-19, dengan anggaran kes harian meningkat daripada sekitar 1,000 empat minggu lalu kepada lebih 2,000 dalam tempoh tiga minggu lalu.

Vaksin Spikevax yang dikemas kini itu berfungsi dengan cara sama seperti vaksin asal, dan terdiri daripada komponen monovalen yang sepadan dengan varian Omicron XBB.1.5.

Ia mempunyai kualiti, keselamatan dan keberkesanan yang sama, dan HSA menjangka vaksin yang dikemas kini akan “mengekalkan keseimbangan antara manfaat dengan risiko (vaksin) yang baik” seperti vaksin asal.

Ini merupakan vaksin Covid-19 dikemas kini kedua yang dibenarkan oleh HSA selepas vaksin Comirnaty yang dikemas kini oleh Pfizer diluluskan pada 12 September lalu.

Bekalan vaksin itu dijangka tiba mulai akhir Oktober ini.

HSA berkata usaha pengemaskinian secara tetap bagi vaksin Covid-19 yang diluluskan diperlukan untuk memastikan vaksin terus berkesan.

Ini sama seperti pendekatan yang diambil bagi vaksin selesema bermusim, yang dikemas kini setiap enam bulan, tambahnya.

Seperti semua vaksin dan ubat lain yang didaftar di Singapura, HSA akan secara aktif memantau dan menyemak data mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin untuk memastikan manfaat vaksin terus mengatasi sebarang risiko yang diketahui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >