Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Huraian dua negara satu-satunya pilihan bagi keamanan Israel, Palestin: SM Teo

Jul 11, 2023 | 06:46 PM



Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, bertemu pemimpin Israel dan Palestin pada Isnin semasa lawatan kerjanya ke rantau itu.

Dalam mesyuaratnya, beliau mengulangi sokongan berprinsip Singapura yang sudah lama ditunjukkan bagi huraian dua negara yang dirunding bersama antara Israel dengan Palestin.

Ini sejajar dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan, dengan rakyat Israel dan Palestin hidup bersama satu sama lain dalam aman dan selamat, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa.

Huraian dua negara yang dirundingkan akan menjadi “satu-satunya pilihan yang sesuai untuk mencapai penyelesaian yang bertahan, adil dan menyeluruh,” tambahnya.

Sebagai sebahagian daripada lawatan itu, Encik Teo bertemu Presiden Israel, Encik Isaac Herzog dan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu di negara itu bagi mengesahkan lagi hubungan yang sekian lama terjalin antara Singapura dengan Israel.

MFA berkata mereka bersetuju bahawa penubuhan Kedutaan Singapura di Tel Aviv pada Oktober 2022 akan membolehkan kerjasama lebih mendalam dalam bidang baru seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi pertanian dan pendigitalan.

Encik Teo juga bertemu pegawai kanan pemerintah Israel untuk membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau, kata MFA.

Dalam pada itu, Encik Teo turut menemui Perdana Menteri Penguasa Palestin, Encik Mohammad Shtayyeh, di Ramallah.

Mereka mengesahkan lagi hubungan baik antara Singapura dengan Penguasa Palestin, serta mengalu-alukan penubuhan Pejabat Perwakilan Singapura di Ramallah pada Oktober 2022 untuk menyelaraskan usaha pembangunan keupayaan dengan lebih baik.

Encik Teo turut mengulangi sokongan berterusan Singapura bagi usaha pembangunan keupayaan Penguasa Palestin melalui Program Kerjasama Singapura, termasuk Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) bagi rakyat Palestin, kata MFA.

Encik Teo memberitahu Dr Shtayyeh Singapura akan menyumbang AS$50,000 ($67,111) kepada usaha bantuan kemanusiaan bagi penduduk di Jenin, Tebing Barat, yang dijalankan oleh Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat Bangsa Bangsa Bersatu (UNRWA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >