Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SELAMAT HARI KEBANGSAAN

Ibu dan anak bangga sertai perbarisan buat kali pertama

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) akan diadakan di Padang kali ini. BERITA HARIAN mengetengahkan kisah-kisah warga Singapura yang terlibat dalam perbarisan tahun ini.
Aug 09, 2023 | 05:30 AM



Kebanggaan Cik Ismadiana Samsudin tidak dapat disembunyikan ketika anak sulungnya, Cik Nurul Qusyairah Hamzah, berbaris di sampingnya dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023.

Detik sedemikian lebih manis bagi kedua-dua pasangan ibu dan anak itu, masing-masing berusia 40 tahun dan 20 tahun, kerana ini kali pertama mereka menyertai NDP.

Mereka merupakan sebahagian daripada anggota awam yang berbaris di bawah panji-panji Singapore Post (SingPost) – salah satu daripada 14 kontinjen awam yang membentuk kontinjen sokongan di bawah cabang sosial dan ekonomi.

Ibu tiga anak itu berkata: “Saya bangga melihat anak saya berbaris di barisan hadapan kontinjen dan dapat baris bersama-samanya.”

Cik Ismadiana menambah, beliau sudah lama tidak menonton NDP secara langsung kerana nasib tidak menyebelahinya setiap kali beliau membuat undian bagi tiket-tiket NDP.

“Sebenarnya sudah lama tak tengok NDP secara langsung tetapi kali ini ia begitu seronok kerana bukan sahaja dapat tonton malah dapat turut serta.

“Lebih-lebih lagi kali ini ia (NDP) diadakan di Padang, jadi saya sangat teruja,” jelasnya.

Beliau menyifatkan masa latihan bagi perbarisan yang dikongsi bersama anaknya itu sesuatu yang amat bermakna kerana beliau dapat meluangkan masa bersama-sama.

Malah penyelia bersama SingPost yang sudah berkhidmat selama sembilan tahun itu akur beliau menantikan sesi latihan dan raptai kerana didorong semangat yang berkobar-kobar.

Semangat itu dikongsi anaknya, Cik Qusyairah, yang turut ghairah.

“Semangatnya untuk berlatih dan memberikan yang terbaik menjadi teladan buat saya,” ujarnya yang baru setahun bersama SingPost.

Beliau menambah pada awalnya beliau tidak begitu berminat walau namanya tersenarai untuk turut serta dan tidak begitu yakin.

“Saya cuba-cuba sahaja untuk lihat sekiranya saya dapat teruskan (dengan latihan).

“Tetapi selepas sesi latihan pertama, saya ingin pergi untuk lebih banyak latihan kerana sungguhpun payah, ia seronok.”

Cik Qusyairah menyifatkan latihan yang dilaluinya mengingatkan beliau kembali sewaktu di sekolah menengah, ketika menyertai kumpulan pancaragam Pasukan Kadet Polis Kebangsaan (NPCC).

Beliau berkongsi tentang aspirasi menjadi seorang pegawai askar kerana “mengagumi semangat kental” serta dapat “menahan latihan sukar”.

“Itulah sebabnya saya berikan segalanya (semasa berlatih),” tambahnya.

Di samping itu, Cik Qusyairah berkongsi bahawa perbarisan sebenarnya menyemai daya kecekalan tinggi dalam diri bagi mengharungi latihan yang adakalanya intensif.

Berkongsi aspirasi bagi Hari Kebangsaan, Cik Ismadiana berharap rakyat Singapura kekalkan kecekalan tinggi dan “bersatu demi negara”.

Anak sulungnya itu pula melahirkan harapan agar rakyat Singapura meraih dan mengecapi kejayaan secara bersama.

Perbarisan kali ini menampilkan lebih 500 peserta dalam 14 kontinjen awam – antaranya adalah DBS Bank Limited, Seatrium Limited dan Keppel Corporation Limited.

Secara keseluruhan, lebih 1,700 peserta tampil dalam segmen perbarisan yang mewakili enam tunggak Pertahanan Mutlak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >