Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu tidak sempat lihat anak lulus sekolah perubatan

Jul 10, 2023 | 04:45 PM



Salah satu hasrat Cik Rahana Ali adalah untuk melihat anak perempuannya naik pelamin.

Maka, pada 2021, pada usia 25 tahun, Cik Aqilah Faaiqah Haji Shamsuri dan teman lelakinya selama dua tahun pada ketika itu bernikah di Hospital Besar Singapura (SGH), di mana ibunya dirawat dan di hadapan keluarga terdekat mereka.

Cik Rahana, yang ketika itu sedang bertarung dengan barah ovari peringkat akhir, meninggal dunia seminggu kemudian.

“Beliau adalah seorang pejuang. Anda tidak akan fikir beliau seorang wanita yang hampir meninggal dunia. Beliau berjuang untuk saya. Beliau mahu melihat saya lulus, mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak,” kata Cik Aqilah, seorang anak tunggal.

Tetapi, Cik Aqilah yang lulus pengajian pada Sabtu, 8 Julai, dari Sekolah Perubatan Yong Loo Lin di Universiti Nasional Singapura (NUS), sedar apa yang akan berlaku.







“Saya perlu berbicara dengannya untuk mengawal jangkaannya kerana saya fikir dengan melalui semua itu, beliau rasa dirinya dapat mengharungi masalah itu dan kembali ke rumah. Dan itu juga harapan keluarga,” kata Cik Aqilah.

Sebagai penjaga utama, beliau meluangkan masa yang lama belajar di sisi katil ibunya pada hari-hari terakhir ibunya,.

Ketika itu, beliau sedang membuat persiapan menduduki peperiksaan akhir tahun keempatnya.

“Saya tidak dapat berfikir dengan betul dalam persiapan peperiksaan akhir tahun. Saya tidak belajar keseluruhan topik, iaitu kepakaran pediatrik, atau keadaan berkenaan kanak-kanak,” katanya.

“Tetapi, mujurlah sebelum peperiksaan saya, pasangan klinikal saya mengulangkaji dengan saya beberapa kes, dan salah satu kes tersebut timbul dalam peperiksaan klinikal saya. Saya rasa itu yang membantu saya lulus.”

Perjalanan untuk memasuki sekolah perubatan juga penuh liku, kerana ia merupakan tahun terakhirnya dalam jurusan sains bioperubatan di Politeknik Republic (RP) pada 2016 apabila ibunya disahkan menghidap barah.

Bapanya bekerja sebagai seorang pemandu kereta sewa privet ketika itu untuk menampung keluarga.

Rasanya bak satu mimpi apabila dirinya layak diterima ke sekolah perubatan, kata Cik Aqilah, yang mencapai purata mata gred (GPA) hampir sempurna iaitu 3.98 daripada 4 mata bagi diplomanya.

Pada tahun kedua di sekolah perubatan, ibunya mengalami kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu.

Beberapa bulan kemudian, keluarganya diberitahu bahawa barah ibunya telah kembali.

“Itulah kali terakhir saya lihat ibu saya tidak begitu mahu berjuang,” kata Cik Aqilah.

Keluarganya membuat keputusan sukar untuk menghormati permintaan ibunya untuk tidak menjalani rawatan kemoterapi lagi.

“Dalam fikiran saya, semasa saya melalui sekolah perubatan, saya tahu ibu saya mungkin tidak akan dapat melihat saya tamat pengajian,” kata Cik Aqilah.

Akhirnya, tumor berdekatan otot-otot belakang badan ibunya, menyebabkan beliau berasa sakit dan tidak boleh tidur. Beliau juga mengalami komplikasi seperti trombosis urat dalam, yang timbul apabila ada darah beku dalam urat dalamnya, terutama di bahagian kakinya.

Pada saat itu, kemoterapi bukan lagi satu pilihan kerana ibunya tidak boleh tahan rawatan itu.

NUS menyokong Cik Aqilah dengan menukar jawatan klinikalnya ke hospital di mana ibunya dirawat, supaya beliau boleh kerap memeriksa ibunya.

Subsidi daripada Mendaki dan biasiswa lain juga membantu yuran tuisyen dan perbelanjaannya yang lain.

Beliau mengambil masa rehat selama setahun daripada persekolahannya pada 2021 untuk menjaga ibunya, yang meninggal dunia pada tahun yang sama.

Sebagai penghormatan kepada ibunya, beliau menamakan perniagaan dalam taliannya pada ketika itu, “Ibu Roti” – “Ibu” adalah panggilan Cik Aqilah buat ibunya.

Akibat pengalamannya, Cik Aqilah berminat dalam bidang penjagaan paliatif.

“Sebagai seorang penjaga, saya sedar jenis doktor bagaimana yang diinginkan seorang pesakit dan keluarganya juga – seseorang yang mengambil masa, bukan sahaja untuk merawat penyakit, bahkan menjaga pesakit secara holistik,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >