Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMH bukan setakat rawat pesakit mental, juga bantu proses integrasi semula

Jul 07, 2023 | 12:17 PM



Institut Kesihatan Mental (IMH) dianggap ramai sebagai tempat merawat ‘orang gila’, tetapi peranannya sebagai satu–satunya hospital psikiatri di Singapura telah bertukar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengarah Klinikal (Kesihatan Masyarakat) dan Perunding Kanan IMH, Dr Lee Cheng, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa peranan IMH bukan hanya setakat menilai dan merawat pesakit.


Malah, ia kini mendekati pesakit dengan lebih mendalam untuk mengintegrasi mereka semula ke dalam masyarakat selepas rawatan mereka selesai.

“Dahulu selepas merawat pesakit, kita ‘lepas tangan’ dan mungkin berjumpa mereka sebulan kemudian untuk pemeriksaan susulan.

“Tetapi kita kini secara aktif bekerjasama dengan agensi perkhidmatan sosial (SSA) seperti Persatuan Kesihatan Mental Singapura (SAMH) dan lain-lain untuk menyediakan pesakit dengan latihan vokasional supaya mereka bersedia kembali ke tenaga kerja,” ujar Dr Lee.

Di samping itu, IMH juga mempunyai sebuah Jabatan Terapi Pekerjaan (OTD) yang membantu pesakit membina atau mendapatkan semula kemahiran kerja, serta mendapatkan mereka pekerjaan yang sesuai melalui program latihan vokasional.

Menurut Dr Lee, stigma sosial terhadap penyakit mental masih wujud dalam kalangan masyarakat. Terdapat sebilangan individu yang enggan mendapatkan rawatan daripada IMH dan sebaliknya, mereka akan mendapatkan bantuan daripada SSA, Pertubuhan Akar Umbi (GRC) atau Majlis Bandaran.

“IMH bekerjasama dengan badan–badan tersebut dan mereka akan merujuk individu yang memerlukan bantuan serius kepada kami.

“Melalui proses rujukan itu, individu tersebut lebih rela mendapatkan bantuan daripada IMH kerana mereka tidak rasa seolah–olah dipaksa untuk mendapatkan bantuan daripada kami.

“Jadi adalah penting IMH bekerjasama rapat dengan rakan kongsi untuk memastikan kita dapat mendekati lebih ramai orang yang memerlukan bantuan,” jelas Dr Lee.

Untuk menangani stigma sosial, Dr Lee berkata jabatan korporat IMH sering mendekati masyarakat umum melalui acara jangkauan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit mental.

“IMH baru–baru ini menganjurkan rumah terbuka pada Mei untuk memberi masyarakat umum peluang untuk mengenali kami dan mempelajari tentang penyakit mental.

“Melalui pendekatan sebegini, kami mahu tunjukkan bahawa IMH dan penyakit mental bukan sesuatu yang menakutkan, dan kami harap dapat memecahkan stigma sosial berkaitan penyakit mental,” kata Dr Lee.

Selain itu, IMH juga membangunkan pekerja penjagaan kesihatan mental generasi semasa dan masa depan. Ia bekerjasama dengan universiti tempatan dan institut pengajian tinggi untuk menyediakan sekitar 2,000 pelajar dengan peluang lampiran kerja setiap tahun.

“Pendidikan adalah sangat penting dan haruslah ada garis panduan dan piawaian tertentu agar pakar penjagaan kesihatan mental boleh patuhi untuk memastikan mereka dapat melaksanakan kerja mereka dengan betul,” tambah Dr Lee.

Terletak di Buangkok, IMH adalah satu–satunya hospital di Singapura yang pakar dalam psikiatri yang menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan psikiatri, pemulihan dan kaunseling untuk kanak–kanak, remaja, dewasa dan warga tua.

IMH adalah salah satu daripada 15 anggota Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) yang juga terdiri daripada hospital lain seperti Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).

Ia dahulu dikenali sebagai Hospital Woodbridge yang dibuka pada 1951 di Yio Chu Kang, sebelum dinamakan semula sebagai IMH pada 1993.

Badan-badan yang menawarkan khidmat kesihatan mental


Perkhidmatan pemulihan dan sokongan disediakan untuk membantu individu dan penjaga mereka disepadukan ke dalam masyarakat. Mereka yang memerlukan bantuan boleh mendekati badan–badan berikut:

- Institut Kesihatan Mental (IMH)

- Samaritans of Singapore (SOS)

- Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC)

- Kelab Heal

- Silver Ribbon Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >