Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Individu lebih tua dengan tekanan darah tinggi kurang sensitif terhadap garam: Rahayu

Sep 30, 2023 | 05:52 PM



Individu lebih tua yang mengalami tekanan darah tinggi kurang sensitif terhadap rasa garam, berbanding mereka yang tidak mempunyai tekanan darah tinggi, menurut satu penyelidikan oleh Yayasan Jantung Singapura (SHF) dan Politeknik Nanyang (NYP).

Kajian itu juga menunjukkan individu yang berlebihan berat badan kurang merasa masin daripada orang lain, lantas mereka lebih cenderung mengambil makanan kaya garam tanpa disedari.

Perkara ini dikongsi Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, di sebuah acara kemasyarakatan anjuran pertubuhan tidak mencari untung SHF sempena Minggu Jantung Kebangsaan dan Hari Kesihatan Sedunia di Hab HDB di Toa Payoh pada Sabtu.

“Memahami dinamik ini membantu kita menyedari bahawa menangani masalah ini memerlukan pendekatan pelbagai aspek.

“Untuk mengelakkan isu pengambilan sodium berlebihan daripada memburukkan lagi masalah tekanan darah tinggi, kita perlu membangunkan strategi yang disesuaikan dengan segmen penduduk yang berbeza,” kata Cik Rahayu.

Ini termasuk bekerjasama dengan pembekal dan peruncit utama untuk mengembangkan rangkaian garam rendah sodium, sos dan perasa serta meningkatkan penggunaan alternatif sodium rendah dalam sektor perkhidmatan makanan.

Selain berusaha bersama syarikat, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) sedang menjalankan kempen pendidikan awam bagi meningkatkan kesedaran individu tentang pengambilan sodium berlebihan.

“Ia juga berharap dapat mengubah tanggapan salah bahawa rasa makanan kegemaran kita akan terjejas oleh kurang garam, menerusi perkongsian resipi sodium lebih rendah dan menyediakan tip mudah untuk penduduk mengurangkan pengambilan sodium mereka,” tambahnya.

Cik Rahayu turut menggesa rakyat Singapura mengambil diet seimbang, melakukan senaman yang kerap dan menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengelak penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung dan saluran darah).

Tekanan darah tinggi berterusan merupakan kebimbangan kesihatan awam. Sejak 2009, penyakit kardiovaskular membentuk satu pertiga daripada semua kematian di Singapura setiap tahun, atau kira-kira 23 kematian sehari.

“Ini sebabnya kita harus mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan mengurangkan risiko seperti tekanan darah tinggi, yang boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular.

“Membuat pelarasan ini pada gaya hidup anda, bersama sokongan profesional, akan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

“Kesihatan jantung kita hanya akan berkembang maju jika kita mengambil tanggungjawab peribadi dalam mengamalkan gaya hidup yang menyokongnya,” kata Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >