Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah warga hadapi tekanan darah tinggi naik dua kali ganda dalam sedekad

Pengambilan garam kekal tinggi, kadar penyakit kencing manis merosot
Sep 27, 2023 | 03:54 PM



Warga Singapura perlu mengurangkan pengambilan garam sedang kadar tekanan darah tinggi di sini terus meningkat berdasarkan dapatan hasil tinjauan terkini Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) yang dibentang Rabu.

Jumlah warga Singapura yang mengalami tekanan darah tinggi pada 2022 naik dua kali ganda jumlah yang dilaporkan lebih sedekad lalu, menurut Statistik Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS).

Tinjauan NPHS melibatkan saiz sampel sekitar 8,000 warga dewasa setempat berusia antara 18 hingga 74 tahun menerusi sesi soal jawab isi rumah antara Julai 2021 dengan Jun 2022.

Ia juga merangkumi dapatan hasil pemeriksaan kesihatan seramai 9,000 warga dewasa setempat semasa tempoh sama.

Berdasarkan sampel itu, sekitar 37 peratus – atau satu dalam setiap tiga – warga Singapura mengalami darah tinggi pada tempoh 2021 hingga 2022, meningkat daripada 35.5 peratus pada tempoh 2019 hingga 2020.

Jumlah tersebut hampir dua kali ganda jumlah yang dilaporkan pada 2010 iaitu 19.8 peratus penduduk.

Sejajar dengan itu, pengambilan kandungan garam tinggi – antara punca utama tekanan darah tinggi– semakin ketara di kalangan warga Singapura, kata HPB dalam membentangkan hasil dapatan tinjauan pemakanan yang telah dijalankan antara 2019 dengan 2022.

Sebanyak sembilan daripada setiap 10 warga Singapura melebihi had pengambilan garam yang sihat sebanyak 2,000 mg atau satu sudu kecil, menurut Tinjauan Pemakanan Kebangsaan yang dibentangkan bersama NHPS, melibatkan warga Singapura berusia 18 hingga 69 tahun.

Menurut Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pengambilan garam yang meningkat ini menimbulkan keprihatinan memandangkan kadar kandungan garam yang tinggi merupakan “punca utama tekanan darah tinggi”.

MOH melalui HPB akan mempertingkat usaha mengubah kebiasaan pemakanan warga Singapura serta mempertimbang langkah mengurangkan kandungan sodium dalam makanan menerusi undang-undang, katanya.

Ini termasuk menggalak rakan kongsi industri dan pengendali gerai makanan dan minuman untuk mengurangkan kandungan garam dalam makanan.

Antara 2010 hingga 2023, kandungan garam dalam hidangan yang disediakan di luar telah meningkat 20 peratus secara purata, menurut dapatan kajian pasaran HPB.

“HPB akan melancarkan kempen untuk menggalak perusahaan dan pengendali F&B untuk mengurangkan kandungan sodium dalam makanan ke tahap 2010.

“Ini boleh dilakukan dengan menukar kepada garam rendah sodium atau dengan menggunakan kurang garam serta sos seperti kicap dan sos ikan dalam hidangan,” kata Encik Ong dalam ucapan yang disampaikan pada Rabu di Hotel Singapore Mariott Tang Plaza.

Dalam pada itu, kesan kempen berbeza yang dijalankan dalam usaha memerangi penyakit kencing manis dan mengurangkan pengambilan gula mungkin semakin jelas kelihatan dengan kadar penyakit kencing manis yang merosot di kalangan warga Singapura dari 9.5 peratus pada tempoh 2019 hingga 2020 kepada 8.5 peratus pada 2021 hingga 2022.

Ini termasuk bagi masyarakat Melayu dengan sekitar 12.9 peratus yang menghidapi penyakit kencing manis pada 2021 hingga 2022, berbanding 14.4 peratus pada tempoh 2019 hingga 2020.

Kadar penyakit kolestrol tinggi di kalangan warga Singapura juga turut merosot, daripada 39.1 peratus pada tempoh 2019 hingga 2020 kepada 31.9 peratus pada tempoh 2021 hingga 2022.

Dalam pada itu, kadar kegemukan pula menunjukkan trend yang meningkat, dengan sekitar 11.6 peratus warga Singapura dilaporkan gemuk pada tempoh 2021 hingga 2022, berbanding 10.5 peratus pada tempoh 2019 hingga 2020.

Semakin ramai warga Singapura – sekitar 61 peratus – melebihi had kalori harian mereka daripada 2,360 kcal pada 2019 kepada 2,410 kcal pada 2022, menurut dapatan NNS dengan lebih banyak makanan dengan kandungan garam tinggi.

ANTARA HASIL DAPATAN NPHS 2023

Libatkan saiz sampel sekitar 8,000 warga dewasa setempat berusia antara 18 hingga 74 tahun menerusi sesi soal jawab isi rumah antara Julai 2021 dengan Jun 2022. Ia juga merangkumi dapatan hasil pemeriksaan kesihatan seramai 9,000 warga dewasa setempat semasa tempoh sama.

  • Satu dalam setiap tiga warga Singapura mengalami darah tinggi pada tempoh 2021 hingga 2022, naik dua kali ganda jumlah yang dilaporkan lebih sedekad lalu
  • Kadar penyakit kencing manis merosot, dari 9.5 peratus pada tempoh 2019 hingga 2020 kepada 8.5 peratus pada 2021 hingga 2022
  • Ini termasuk bagi masyarakat Melayu: Sekitar 12.9 peratus yang menghidapi penyakit kencing manis pada 2021 hingga 2022, berbanding 14.4 peratus pada tempoh 2019 hingga 2020
  • Lebih ramai orang Melayu mengalami masalah kesihatan mental berbanding kaum lain di sini: hampir seperlima atau sebanyak 19.5 peratus orang Melayu yang ditinjau mengalami masalah kesihatan mental berbanding kaum Cina (16.4 peratus) dan India (15.7 peratus) pada 2022.
  • Lebih ramai masyarakat Singapura lebih rela menjalani pemeriksaan bagi penyakit kronik dan mendapatkan vaksin pneumokokal pada 2022.
  • Kadar kegemukan meningkat dari 10.5 peratus pada 2019 hingga 2020 kepada 11.6 peratus pada 2021 hingga 2022.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >