Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar Melayu hidap kencing manis merosot, lebih proaktif jaga kesihatan

Tapi masyarakat Melayu paling ‘gemuk’ berbanding masyarakat lain dengan sekitar 26.2% alami masalah kegemukan
Sep 27, 2023 | 06:18 PM



Anggota masyarakat Melayu kini lebih proaktif dalam hal kesihatan diri dengan ramai “lebih rela” menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti penyakit kronik, terutama sekali bagi penyakit kencing manis dan kolesterol tinggi.

Sehubungan itu, kadar kedua-dua penyakit itu dalam masyarakat Melayu turut merosot, menurut statistik Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS) yang dibentangkan pada Rabu.

Menurut tinjauan tersebut, sekitar 12.9 peratus daripada masyarakat Melayu menghidapi penyakit kencing manis pada 2021 hingga 2022, berbanding 14.4 peratus pada tempoh 2019 hingga 2020.

Kemerosotan tersebut turut dilihat bagi penyakit kolesterol tinggi, di mana jumlah anggota masyarakat Melayu yang menghidap penyakit tersebut merosot dari 39.2 peratus pada 2019 hingga 2020 kepada 33.5 peratus pada tempoh 2021 hingga 2022.

Tinjauan NPHS melibatkan saiz sampel sekitar 8,000 warga dewasa setempat berusia antara 18 hingga 74 tahun menerusi sesi soal jawab isi rumah antara Julai 2021 hingga Jun 2022.

Ia juga merangkumi dapatan hasil pemeriksaan kesihatan seramai 9,000 warga dewasa setempat semasa tempoh sama.

Dalam menjaga hal kesihatan sendiri, masyarakat Melayu juga kini lebih terbuka menjalani pemeriksaan bagi penyakit kronik di mana jumlah tersebut meningkat daripada 48.3 peratus pada 2021 kepada 59 peratus pada 2022.

Peningkatan tersebut turut dicerminkan dalam perangkaan masyarakat Singapura secara amnya di mana sekitar 60.3 peratus menjalani pemeriksaan bagi penyakit kronik berbanding 59.2 peratus pada 2021.

Dalam membentangkan dapatan tinjauan tersebut, Kementerian Kesihatan (MOH) menekankan pentingnya pemeriksaan bagi penyakit kronik memandangkan ia merupakan “strategi berkesan” dalam mencegah penyakit dalam masyarakat.

Meskipun jumlah yang menjalani pemeriksaan bagi penyakit kencing manis dan kolesterol tinggi meningkat, jumlah anggota masyarakat Melayu yang menjalani pemeriksaan bagi penyakit darah tinggi merosot sedikit dari 83.8 peratus pada 2021 kepada 83.1 peratus pada 2022.

Sehubungan itu, kadar tekanan darah tinggi di kalangan masyarakat Melayu juga terus meningkat dari 37.5 peratus pada 2019 hingga 2020 kepada 40.5 peratus pada tempoh 2021 hingga 2022.

Kadar tersebut juga merupakan yang paling tinggi berbanding masyarakat Cina (37.3 peratus) dan India (30.9 peratus).

Masyarakat Melayu juga paling ‘gemuk’ berbanding masyarakat lain dengan sekitar 26.2 peratus mengalami masalah kegemukan berlebihan atau obesiti berbanding masyarakat Cina (7.9 peratus) dan India (21.3 peratus).

Hampir separuh masyarakat Melayu – sebanyak 46 peratus – yang ditinjau juga mempunyai risiko indeks jisim tubuh (BMI) tinggi berbanding 16.5 peratus daripada masyarakat Cina dan 35.7 peratus daripada masyarakat India.

BMI ideal adalah di antara 18.5 dan 22.9. BMI melebihi 23 bermakna berat badan di luar tahap sihat.

Masyarakat Singapura secara amnya juga semakin ‘gemuk’ dengan sebanyak 11.6 peratus warga mengalami obesiti pada 2021 hingga 2022 berbanding 10.5 peratus pada tempoh 2019 hingga 2020.

Sementara itu, semakin ramai warga Singapura – sekitar 61 peratus – melebihi had kalori harian mereka daripada 2,360 kcal pada 2019 kepada 2,410 kcal pada 2022, menurut dapatan Tinjauan Pemakanan Kebangsaan (NNS) yang dibentangkan bersama NHPS, melibatkan warga Singapura berusia 18 hingga 69 tahun.

Menurut tinjauan itu lagi, kandungan warga Singapura juga kini memilih lebih banyak makanan dengan kandungan garam tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >