Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Industri teknologi perubatan, biofarmaseutikal terus jadi ‘titik terang’ di S’pura

Ye Kung: Pembukaan kemudahan baru makmal Hilleman Laboratories pertingkat keupayaan negara hasil vaksin
Nov 09, 2023 | 05:43 PM



Industri teknologi perubatan dan biofarmaseutikal di Singapura akan terus menjadi ‘titik terang’ dalam masa depan ekonomi negara dan akan terus berkembang, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Beliau menjelaskan ada dua sebab utama mengapa industri tersebut akan terus tumbuh – pertama, terdapat dorongan kuat berikutan pandemik Covid-19; dan kedua, Singapura akan terus membina kekuatan dan daya saing tradisionalnya.

Berucap semasa pembukaan kemudahan Amalan Pengilangan Baik semasa (cGMP) Hilleman Laboratories di Depot Road, Encik Ong menyatakan Covid-19 mendorong Singapura melabur lebih banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pandemik iaitu sekitar $100 juta sepanjang lima tahun akan datang.

“Kami telah belajar banyak semasa pandemik dan akan mengukuhkan lagi daya tahan pandemik kita,” katanya.

Antaranya, jelas Encik Ong, Singapura akan menubuhkan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) baru untuk menyatukan fungsi kesihatan awam yang kini berada dalam organisasi berbeza dan yang akan memantau kesiapsiagaan serta tindak balas wabak secara menyeluruh.

Singapura juga akan mengemas kini Akta Penyakit Berjangkit untuk memberi fleksibiliti dan kelincahan bertindak balas terhadap situasi krisis pandemik yang dinamik dan berkembang.

“Banyak negara sedang meninjau untuk membina pembangunan dan keupayaan pembuatan vaksin, supaya dapat jaminan lebih besar terhadap akses vaksin dan sara diri semasa pandemik. Bagaimanapun, sebagai negara kecil, Singapura tidak mempunyai saiz pasaran untuk melakukan ini. Sebaliknya, kita telah mengambil pendekatan berbeza yang menekankan perkongsian awam-swasta dan kerjasama antarabangsa.

“Oleh itu, kita mendapatkan pemegang kepentingan utama untuk menyokong pembangunan dan pembuatan vaksin hujung ke hujung,” ujar Encik Ong.

Singapura juga boleh kekal optimistik tentang masa depan industri teknologi perubatan dan biofarmaseutikal kerana negara ini akan terus membina kekuatan dan daya saing tradisionalnya.

Encik Ong menjelaskan bahawa bahan asas, peralatan, data dan bakat boleh keluar masuk Singapura dengan mudah serta berhubung dengan pelbagai pelosok dunia.

Singapura juga memiliki bakat bermutu termasuk dalam R&D, proses pembuatan dan pengurusan perniagaan.


“Kita melabur dalam pendidikan dan skim pembangunan bakat untuk membantu warga Singapura membangunkan keupayaan baru bagi sektor pembuatan, termasuk program khusus bagi sektor pembuatan biofarmaseutikal,” kata beliau.

Tambahnya, negara ini juga mempunyai struktur hak intelektual yang kukuh serta berpandangan jauh.


Hilleman Laboratories melabur hampir $80 juta dalam operasi, infrastruktur dan pembinaan kemampuan dalam tempoh lima tahun sejak 2021 dan menggajikan sehingga 55 saintis, jurutera dan pengurus di sini.

Encik Ong berkata dengan pembukaan kemudahan cGMP syarikat tersebut, kebolehan Singapura merangkumi keseluruhan rantaian nilai, daripada pembangunan produk, pembuatan hingga tahap penamat bagi vaksin dan biologik.

“(Hilleman) akan menjadi salah satu daripada lima syarikat yang mempunyai keupayaan pembangunan dan pembuatan vaksin, yang berada di Singapura dan membantu menyelamatkan rantau yang lebih besar serta dunia,” tambah Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >