Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif baru sokong usaha pendigitalan industri binaan

Corenet X pacu kerjasama industri binaan secara lebih meluas, tingkat daya penghasilan
Jul 04, 2023 | 06:33 PM



Satu inisiatif baru untuk menyokong usaha pendigitalan Singapura, Corenet X, akan dilaksana mulai hujung 2023 untuk memacu kerjasama industri binaan secara lebih meluas, antara lain dengan membolehkan pelbagai data disatukan dan digunakan secara berkesan.

Selain itu, penggunaan teknologi baru di bawah Corenet X juga akan meningkatkan daya penghasilan bagi kedua-dua industri dan agensi, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Bangunan dan Kerja Berkaitan (Pelbagai Pindaan).

Rang undang-undang tersebut telah diluluskan di Parlimen pada Selasa.

Menjelaskan, Encik Tan berkata Corenet X merupakan pusat digital sehenti bagi rakan industri mengemukakan apa yang diperlukan bagi kerja binaan di bawah undang-undang.

“Kami akan memerlukan projek yang layak untuk menyiapkan pelan mereka menggunakan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

“Perunding akan dikehendaki menyerahkan model BIM mereka bagi projek-projek ini melalui format penyerahan standard yang sejajar dengan piawaian data biasa,” kata beliau.

Dalam pada itu, penggunaan teknologi baru di bawah Corenet X seperti Wadah Kerjasama, membolehkan agensi pemerintah menyemak apa yang dikemukakan rakan industri itu secara serentak.

Ini akan memudahkan kerjasama antara berbilang agensi untuk menyediakan respons yang jelas kepada perunding, yang boleh membantu mengurangkan jumlah pertukaran antara agensi dengan rakan industri seperti yang berlaku sekarang, tambahnya.

“Secara keseluruhan, Corenet X boleh membantu dalam mengurangkan masa dan kerja industri untuk mendapatkan kelulusan sepanjang proses pembangunan,” ujar Encik Tan.

Beberapa Anggota Parlimen (AP) turut tampil mengajukan soalan berkaitan rang undang-undang tersebut termasuk Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) dan Encik Henry Kwek (Kebun Baru).

Encik Kwek berkata Kementerian Pembangunan Negara (MND) harus memberi perhatian khusus kepada Corenet X, untuk memastikan ia berjalan lancar.

Ini kerana sejak beberapa tahun yang lalu, industri mengalami kesukaran semasa pelancaran awal Corenet 2, katanya.

Corenet 2 merupakan sistem elektronik yang membolehkan karyawan industri mengemukakan pelan dan dokumen elektronik berkaitan projek mereka kepada pihak berkuasa untuk mendapat kelulusan.

“Bagi Corenet X, memandangkan betapa pentingnya ia kepada industri, MND harus bekerja keras untuk mengelakkan isu yang sama,” ujar Encik Kwek.

Dalam responsnya, Encik Tan berkata beliau bersetuju Corenet X merupakan perubahan yang ketara bagi agensi dan industri.

“Oleh itu, kami mesti memastikan peralihan yang lancar... itu sebabnya kami telah bekerjasama dengan industri untuk menguji dan memperhalusi ciri-ciri dan proses baru.

“Kami akan mengalihkan pengguna secara berperingkat dan memperkenal ciri-ciri secara progresif serta membuat pelarasan di mana yang perlu,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >