Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IRO gesa sikap tanggungjawab dalam lahir pandangan perang Israel-Hamas

Oct 15, 2023 | 03:29 PM



Ada warga Singapura yang mungkin berpandangan teguh tentang situasi yang berlaku di Timur Tengah, tetapi mereka diingatkan supaya tidak melahirkan pendapat dengan cara yang menimbulkan kebencian dan menjejaskan keharmonian di sini, kata Pertubuhan Antara Agama (IRO) pada Ahad.

IRO, yang ditubuhkan pada 1949 dan terdiri daripada pemimpin dan anggota daripada 10 kumpulan agama berbeza, menyeru orang ramai agar mengutamakan nilai bersama dalam usaha mencapai keamanan dan perpaduan.

Usaha itu bermula dengan menunjukkan kepekaan, keprihatinan dan kebaikan terhadap satu sama lain, kata IRO.

IRO berkata ia amat prihatin dengan situasi di Timur Tengah dan akur masyarakat di seluruh dunia dan di Singapura terjejas oleh kehilangan nyawa yang tidak bersalah dalam konflik yang berterusan itu.

“Dalam masyarakat kontemporari kita, kita menghadapi pelbagai sudut pandangan mengenai pelbagai perkara, sesetengah daripadanya mungkin dipegang teguh oleh individu.

“Walau bagaimanapun, adalah penting bahawa kita secara konsisten mengelak daripada menyatakan pendapat dengan cara yang menimbulkan kemarahan atau kebencian dalam ucapan kita.

“Ungkapan sedemikian boleh membahayakan masyarakat lain dan dalam kes yang melampau, malah membawa kepada keganasan,” kata kenyataan itu, yang ditandatangani oleh Presiden IRO, Encik Noor Marican.

Dengan maklumat tersebar dengan pantas dan mudah, IRO berkata orang ramai mempunyai tanggungjawab kolektif untuk mempromosikan dialog dalam talian dan luar talian yang penuh hormat dan membina.

“Dan jika itu tidak boleh berlaku, kita mesti bertenang demi kepentingan mengekalkan keharmonian dan persefahaman dalam masyarakat kita yang pelbagai,” kata IRO.

Dalam kenyataan itu, IRO turut merujuk kepada panduannya yang dikeluarkan pada 1951 yang dikeluarkan selepas rusuhan Maria Hertogh di Singapura.

Kenyataan pada 1951 itu menggesa masyarakat agar menggalakkan persefahaman dan perdamaian antara mereka yang berselisih.

“Seruan ini masih relevan dan ketara dalam dunia hari ini,” kata IRO.

IRO turut menekankan kata-kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, baru-baru ini, yang mengingatkan warga Singapura supaya tidak membiarkan peristiwa luar menjejas hubungan masyarakat di Singapura.

“Tidak dinafikan, perpaduan antara masyarakat agama akan menghadapi ujian dari masa ke semasa,” kata IRO.

“IRO telah memerhatikan bagaimana detik-detik konflik juga menjadi peluang bagi kita mengukuhkan hubungan dan persefahaman bersama. Sekarang adalah saat seperti itu.”

Sementara itu, Lembaga Kebajikan Yahudi dan masjid-masjid di Singapura telah menyampaikan mesej perpaduan dan keamanan.

Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir juga menghantar surat kepada Ketua Rabai Mordechai Abergel di Singapura, dengan menyatakan rasa sedih, bimbang dan dukacitanya terhadap meningkatnya konflik dan keganasan melibatkan orang Yahudi dan Islam di Israel dan Palestin.

Sehingga Sabtu, lebih 1,300 warga Israel dan 2,200 orang di Gaza terbunuh dalam konflik Israel-Palestin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >