Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu gaji asatizah antara yang dibincangkan di sesi dialog BH

Aug 25, 2023 | 07:28 PM



​Golongan asatizah di Singapura bersikap fleksibel dan bukan satu golongan yang terikat pada satu cara serta tidak mengikut zaman atau keadaan.

Disebabkan itu masyarakat Melayu/Islam di Singapura masih boleh hidup dalam suasana yang mencabar dan berubah-ubah, dengan perubahan yang kadangkala datang mendadak, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di sesi dialog dengan asatizah anjuran Berita Harian (BH) yang diadakan pada Jumaat.


“Saya harap asatizah kita memberi kesan bukan hanya untuk masyarakat kita, tapi juga kita dapat memberi kesan di mana kita boleh menjadi model kepada masyarakat di sekeliling kita,” katanya.

Encik Masagos turut meluahkan rasa syukur melihat semangat yang baik dalam kalangan ibu bapa yang mahu mengasuh anak-anak mereka dalam suasana madrasah.

“Kita masih ada satu budaya di mana ibu bapa kita, walaupun banyak tak dapat memasukkan anak-anak mereka di madrasah, tapi semangatnya sangat baik.

“Kita mesti mengimbanginya dengan keadaan pekerjaan dan sebagainya, tapi semangat mahu mengasuh anak-anak dalam suasana madrasah itu adalah semangat yang sangat baik.

“Mutu asatizah kita, sistem di Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), madrasah, masjid adalah satu model yang kita harus banggakan. Kita harus kekalkan dan perbaiki sebaik yang kita boleh. Dengan itu juga kita perlu meningkatkan lagi paras gaji yang asatizah kita dapat,” katanya.

Gaji asatizah antara perkara yang dibincangkan dalam dialog selama dua jam itu yang bertujuan membuka ruang bagi asatizah mengemukakan keprihatinan mereka.

Pada hujung Julai, akhbar ini melaporkan bahawa Muis memperuntuk tempoh tiga tahun mulai 2023 bagi menaikkan gaji asatizah di madrasah dan masjid secara berperingkat.

Tempoh semakan tiga tahun itu diperlukan bagi memberi peluang kepada institusi keagamaan menyesuaikan keadaan kewangan mereka untuk menampung kos kenaikan gaji tersebut.

Di Parlimen pada awal Julai, Encik Masagos telah mendedahkan peratusan asatizah berkelulusan universiti yang bekerja di masjid atau madrasah di sini serta pendapatan mereka berdasarkan data hingga Julai 2022.

Kebanyakan, atau 62 peratus asatizah, menerima gaji antara $2,001 dengan $3,000 sebulan, sementara 30 peratus asatizah menerima gaji antara $3,001 dengan $4,000 sebulan.

Sejumlah 7 peratus asatizah menerima gaji $4,001 dan ke atas sebulan. Sebanyak 2 peratus asatizah menerima gaji kurang $2,000 sebulan.

Isu lain yang turut diutarakan di sesi pada Jumaat itu termasuk tentang peluang bagi asatizah memegang jawatan kepimpinan dalam masyarakat dan kekurangan tenaga kerja asatizah.

Seramai sembilan asatizah mengambil bahagian dalam dialog itu.

Mereka terdiri daripada Ahli Majlis Pergas dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG),Ustazah Kalthom Muhammmad Isa; Ketua, Pejabat Imam, Masjid Al-Ansar, Ustaz Muhammad Imran Othman; Pengurus, Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Mohammad Taufiq Mohamed Ismail; Ketua, Pejabat Agama, Masjid En-Naeem, Ustaz Muhammad Khairani Basiran; Pegawai Agama Masjid, Masjid Sultan, Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak; Penolong Ketua, Dakwah & Penglibatan Masyarakat, Masjid Al-Muttaqin, Ustaz Muhammad Khidir Mohamed Ibrahim; Pengasas IlmHub dan penceramah motivasi Islamik, Ustazah Shameem Sultanah Abdul Gaffoor; Penyelaras Kurikulum dan Piawaian Mutu, Imad Perdaus, Ustazah Nur Afifah Mokhtiaruddin; dan Pegawai Pembangunan Belia, Masjid Al-Ansar, Ustazah Nur Hidayah Roslee.

Sesi itu dikendalikan moderator, Editor Bersekutu (Kolumnis Kanan) BH, Encik Nizam Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >