Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu Israel-Hamas: S’pura tidak ambil ringan campur tangan luar dalam urusan domestik

Oct 29, 2023 | 06:50 PM



Singapura tidak mengambil ringan sebarang campur tangan asing dalam urusan politik tempatan dan mengharapkan duta atau kedutaan pihak luar menghormati cara Singapura.

Demikian dinyatakan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, semasa menjawap pertanyaan media pada Ahad menyusuli pos Instagram yang dimuat naik Kedutaan Israel di sini.

Encik Shanmugam berkata pendirian Singapura adalah jelas dan pihak berkuasa memeriksa secara teliti apa yang disebut dan dilakukan kedutaan dan misi asing di sini.

“Kami mengharapkan sebarang duta atau kedutaan menghormati cara kami di Singapura,” katanya semasa bercakap kepada media di acara mennyiapkan bekalan keperluan bagi mangsa di Gaza pada Ahad.

“Jadi kami memantau secara teliti apa yang dikatakan dan dilakukan misi asing di sini, dan jika perlu, kami akan bercakap dengan mereka dengan tegas, untuk menggariskan pendirian kami dengan jelas.

“Kami telah berbuat demikian sebelum ini, dan jika perlu, kami akan melakukannya lagi,” tambahnya.

Encik Shanmugam berkata beliau tidak mahu memberi komen secara khusus terhadap sebarang duta atau kedutaan menyusuli isu ini.

Israel dikejutkan dengan serangan kumpulan Hamas pada 7 Oktober, dan sejak itu ketegangan telah berterusan dengan tentera Israel kini mula melancarkan serangan darat di Gaza untuk menghapuskan Hamas.

Kedutaan Israel di Singapura telah memuat naik beberapa pos mengandungi video serangan tersebut.

Encik Shanmugam juga menjelaskan mengapa pihak berkuasa tidak mengizinkan rapat di Hong Lim Park oleh penganjur yang mahu menganjurkan tunjuk perasan secara aman bagi meningkatkan kesedaran mengenai krisis kemanusiaan di Gaza, hasil serangan balas Israel itu.

Beliau berkata jika Singapura membenarkan satu kumpulan agama menganjurkan acara sedemikian, ia perlu mengizinkan kumpulan lain melakukan perkara yang sama.

“Kami mengambil keputusan untuk tidak membenarkan rapat oleh sesiapa pun. Kami tidak mahu ‘mengimport’ urusan luaran ke dalam Singapura.”

Dari segi luahan pandangan dalam talian pula, Encik Shanmugam berkata orang ramai mempunyai hak meluahkan pandangan selagi pos dalam talian itu tidak menyuruh orang ramai bersenjata, melakukan perkara buruk, menggalak perbuatan ganas atau mengeluarkan kata-kata kebencian terhadap bangsa dan agama lain. – HARITH MUSTAFFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >