Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu Ridout Road: Pofma diarah pada Kenneth Jeyaretnam, pengguna FB dan laman web

Jul 16, 2023 | 03:53 PM



Seorang ahli politik pembangkang, pengguna Facebook dan laman web dalam talian, Jom, telah diarahkan untuk membuat pembetulan di bawah undang-undang berita palsu, disebabkan artikel dan pos media sosial yang mengandungi kenyataan palsu mengenai saga Ridout Road.

Kementerian Undang-Undang (MinLaw) pada Ahad berkata Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, telah mengeluarkan arahan kepada ketua Parti Reformasi, Encik Kenneth Jeyaretnam, dan pengguna Facebook, Encik Thamil Selvan.

Arahan itu berkaitan artikel yang diterbitkan oleh Encik Jeyaretnam, “Adakah SLA akan mengeluarkan kenyataan menafikan khabar angin bahawa mereka telah menganugerahkan sebarang kontrak kepada syarikat anak lelaki Shanmugam?” pada 2 Julai di laman webnya, The Ricebowl Singapore, serta pos Facebook yang dimuat naik Encik Thamil pada 1 Julai.


Dalam artikel dan pos itu, mereka telah “menyatakan secara palsu bahawa Penguasa Tanah Singapura (SLA) memberikan kontrak untuk mengubah suai 26 Ridout Road dan/atau 31 Ridout Road ke syarikat dalaman rumah dan pengubahsuaian Livspace”. Mereka juga mendakwa bahawa ini dilakukan kerana ketua pegawai eksekutif Livspace ialah anak lelaki Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam.

Dua banglo era kolonial di Ridout Road sedang disewa oleh Encik Shanmugam dan Menteri Luar Negara, Encik Vivian Balakrishnan.

Dalam kenyataan itu, MinLaw berkata Livspace dan anak lelaki Encik Shanmugam tidak dilantik oleh SLA untuk menjalankan kerja-kerja untuk 26 Ridout Road atau 31 Ridout Road, seperti yang dinyatakan Encik Tong semasa persidangan Parlimen pada 3 Julai.

“Seperti pendekatannya untuk hartanah negara yang lain, SLA telah menghubungi perunding luar untuk menilai kerja-kerja yang perlu dijalankan bagi kedua-dua hartanah itu,” tambah kenyataan itu.

MinLaw juga berkata bahawa kontrak itu diberikan kepada kontraktor berasingan melalui tender terbuka.

Siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) tidak menemui bukti rasuah atau salah laku jenayah dalam penyewaan hartanah Ridout Road oleh Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan. Perkara itu juga dibangkitkan di Parlimen pada 3 Julai, apabila Encik Shanmugam, Dr Balakrishnan, Encik Tong dan Menteri Kanan, Teo Chee Hean, memberikan kenyataan menteri.

Di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma), Encik Jeyaretnam dan Encik Thamil dikehendaki meletakkan notis pembetulan di laman web, akaun Twitter dan Facebook mereka menyatakan pos mereka mengandungi kenyataan palsu.

Notis pembetulan itu akan juga mempunyai pautan kepada laman web menyemak fakta pemerintah, Factually, yang membentangkan fakta dan penjelasan mengenai perkara ini, kata MinLaw.

Encik Tong juga mengeluarkan arahan kepada penerbitan dalam talian, Jom, kata MinLaw dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan dalam satu kenyataan bersama pada Ahad.

Dalam artikel bertajuk “Singapura Minggu Ini” pada 7 Julai, Jom telah secara palsu menyatakan bahawa Encik Teo tidak membalas kepada soalan “berkaitan isu konflik kepentingan yang sebenar atau nyata dan kemungkinan pelanggaran Kod Kelakuan untuk Menteri selain daripada menjawab bahawa ia lebih penting untuk memerhatikan semangat dan bukannya hanya surat Kod”.

Ia juga mendakwa bahawa SLA membelanjakan lebih daripada $1 juta untuk pengubahsuaian 26 Ridout Road dan 31 Ridout Road kerana penyewa adalah menteri yang terlibat.

Jom akan dikehendaki menerbitkan notis pembetulan yang menyatakan bahawa artikel itu mengandungi kenyataan fakta palsu dan memberikan pautan kepada artikel Factually pada pos di laman web dan laman media sosialnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >