Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Isu Ridout Road: Shanmugam, Vivian saman Hsien Yang

Sep 02, 2023 | 06:54 PM



Menteri Encik K Shanmugam dan Dr Vivian Balakrishnan telah menyaman Encik Lee Hsien Yang di Mahkamah Tinggi kerana memfitnah, menyusuli komen Encik Lee di Facebook berhubung saga Ridout Road.

Menurut senarai perbicaraan yang diterbitkan di laman web Mahkamah Singapura, persidangan kes akan diadakan pada 5 September.

Encik Shanmugam, yang merupakan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang dan Dr Balakrishnan, yang merupakan Menteri Ehwal Luar, diwakili pasukan peguam daripada Davinder Singh Chambers.

Pada 27 Julai, kedua-dua menteri berkata mereka berniat menyaman Encik Lee kerana memfitnah sekiranya beliau tidak meminta maaf atas dakwaan palsu yang dibuatnya berhubung penyewaan mereka bagi dua banglo hitam putih di Ridout Road.

Encik Lee merupakan anak Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew dan adik Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Dalam pos Facebooknya pada 27 Julai, Encik Shanmugam berkata:

“Lee Hsien Yang telah menuduh kami kerana melakukan (amalan) rasuah dan bagi keuntungan peribadi dengan meminta Penguasa Tanah Singapura (SLA) memberi kami layanan utama dengan menebang pokok secara haram tanpa kelulusan dan juga meminta SLA membayar kerja ubah suai kepada 26 dan 31 Ridout Road.

“Dakwaan ini palsu.”

Menteri-menteri itu telah meminta Encik Lee agar meminta maaf, menarik balik dakwaannya dan membayar kerosakan, yang akan didermakan kepada badan amal, lapor akhbar The Straits Times.


“Jika beliau tidak melakukan demikian, kami akan samannya,” kata Encik Shanmugam.

Dalam pos pada 23 Julai, Encik Lee mendakwa bahawa “dua menteri (itu) telah memajak rumah milik negara daripada agensi yang salah satu daripada mereka kawal, menebang pokok dan mendapatkan kerja ubah suai yang ditaja negara”. Agensi yang dirujuknya ialah SLA.

Setelah dua menteri itu menghantarnya surat peguam, Encik Lee berkata di Facebook pada 29 Julai bahawa beliau hanya mengemukakan kenyataan.

Beliau menambah bahawa dua menteri itu patut menyamannya di mahkamah di Britain, sambil berkata beliau berada di negara itu pada waktu tersebut.

Isu penyewaan Ridout Road dibahaskan di Parlimen pada Julai, menyusuli siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan semakan oleh Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.

CPIB berkata dalam laporannya bahawa ia tidak mendapati sebarang kesalahan bagi pihak dua menteri itu. Semakan mendapati bahawa proses telah dipatuhi.

Encik Lee dan isterinya, Cik Lee Suet Fern, kini menetap di luar negara. Pasangan itu meninggalkan Singapura setelah berada di bawah siasatan polis kerana menipu sewaktu prosiding kehakiman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >