Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran dilihat tiba di ibu pejabat CPIB

Jul 18, 2023 | 02:30 PM



Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran dilihat memasuki ibu pejabat Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada pagi Selasa – kali pertama beliau dilihat media sejak diberkas pada 11 Julai.

Encik Iswaran, yang sedang disiasat badan antirasuah itu, tiba di kompleks CPIB di Jalan Bukit Merah pada kira-kira 10.50 pagi dalam kereta Mazda 6 berwarna kelabu.

Beliau dilihat memasuki tempat itu tanpa teman, dan mengenakan baju biru serta seluar berwarna gelap.

CPIB berkata pada Jumaat bahawa Encik Iswaran dan hartawan, Encik Ong Beng Seng diberkas pada 11 Julai dan sedang membantu dalam siasatan mengenai kes yang telah dibongkarnya.

Ia tidak memberikan butiran mengenai bentuk siasatan itu.

Kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin, dan pasport Encik Iswaran diimpaun.

Encik Ong, 77 tahun, pulang ke Singapura dari Bali menerusi pesawat privet pada Isnin setelah diberi kebenaran oleh CPIB untuk ke luar negara. Beliau berangkat ke pulau peranginan Indonesia itu pada 14 Julai setelah membayar ikat jamin $100,000.

Dalam respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times (ST) mengenai ikat jamin Encik Iswaran, seorang jurucakap CPIB pada 14 Julai enggan memberi butiran.


Hotel Properties Limited berkata dalam satu kenyataan kepada Bursa Singapura pada 14 Julai bahawa tiada dakwaan telah difailkan terhadap Encik Ong, 77 tahun, yang merupakan pengasas dan pengarah urusan syarikat tersebut.

Encik Iswaran, 61 tahun, diarah Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong untuk mengambil cuti ketidakhadiran sehingga siasatan selesai, kata Pejabat Perdana Menteri pada 12 Julai.

Beliau akan kekal berada di Singapura sewaktu tempoh ini dan tidak akan mempunyai akses kepada sebarang sumber rasmi dan bangunan pemerintah.

Encik Iswaran dan Encik Ong dikenali sebagai antara individu utama yang terlibat dalam projek litar Formula Satu (F1) di Singapura.

Encik Ong merupakan pengerusi Grand Prix Singapura, yang menganjurkan perlumbaan malam F1 di Marina Bay Street Circuit secara tahunan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >