Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siapa Ong Beng Seng, jutawan terlibat dalam siasatan CPIB berkaitan Iswaran?

Jul 14, 2023 | 05:19 PM



Hotel Properties Limited (HPL) telah mengumumkan pada 14 Julai bahawa Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB)  telah meminta pengasas bersama dan pengarah pengurusan, Encik Ong Beng Seng, memberi maklumat tentang interaksinya bersama Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.

Siapakah Encik Ong Beng Seng?


Dikenali dengan inisial OBS, Encik Ong, seorang warga Malaysia dan mempunyai ijazah dalam insurans, memperoleh berjuta-juta dolar daripada ramalan tepat turun naik harga minyak semasa berada di Kuo International, sebuah syarikat perdagangan minyak milik bapa mentuanya, Encik Peter Fu Yun Siak. Beliau menyertai syarikat itu pada 1975, dan modal yang diperolehinya semasa berada di sana didakwa membantu membiayai pelaburan dan pembangunan hartanahnya.

Beliau bersama isterinya dari Singapura, Cik Christina Ong, merupakan antara pasangan paling kaya di Singapura, dan dianggarkan oleh Forbes mempunyai nilai bersih berjumlah AS$1.7 ($2.24 bilion) pada Ogos 2022.

Hartawan hartanah dan hotel itu juga dikenali sebagai salah seorang yang bertanggung jawab membawa perlumbaan malam Formula 1 yang pertama ke Singapura pada 2008, dan memiliki hak Grand Prix Singapura.

Penglibatan HPL


HPL yang tersenarai di Singapura ialah sebuah konglomerat dengan mempunyai kepentingan dalam pemilikan, pengurusan dan operasi hotel, pembangunan hartanah, dan pegangan pelaburan.

Pada Disember 2022, divisyen hotel kumpulan itu mempunyai portfolio sebanyak 38 hotel dan resort merentasi 15 negara termasuk Singapura, Italy, Maldives dan Vanuatu. Jenama-jenama di bawah portfolio tersebut termasuk Hotel & Resort Four Seasons, Hotel Hard Rock dan Marriot International.

Pemerolehan terbarunya adalah Kanuhura Maldives, yang sedang menjalani pengubahsuaian besar-besaran dan dijangka dibuka di bawah pengurusan Hotel dan Resort Six Senses pada separuh tahun kedua 2023.

Portfolio hartanah runcit dan komersial utama HPL Singapura merangkumi pusat membeli-belah, Forum The Shopping Mall dan Concorde Shopping Mall. Kumpulan itu pernah memiliki tujuh unit di Ming Arcade, apabila ia setuju untuk menjualnya untuk $61 juta pada Disember 2022.

Pembangunan kediaman mewahnya di Singapura termasuk Cuscaden Residences, Four Seasons Park dan Nassim Jade.

Apakah antara urusan dan projek Encik Ong yang lalu?


Pada Mei 2022, HPL, dengan perkongsian unit di syarikat pelaburan Singapura, Temasek, membeli aset estet hartanah gergasi media Singapore Press Holdings untuk $2.8 bilion.

Contoh projek lain ialah apabila Encik Ong sebelum ini melancarkan cabaran untuk syarikat-syarikat tersenarai Singapura yang mempunyai perkongsian dengan entiti berkaitan Temasek termasuk bidaannya pada 2002 hingga 2003 untuk pembuat keluli NatSteel, menerusi konsortium yang dipimpin Encik Ong. Konsortium itu, yang juga melibatkan Temasek, berjaya menguasai syarikat itu menyusuli pertempuran dengan hartawan peniaga Indonesia, Encik Oei Hong Leong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >