Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Isyarat untuk Bantuan’ selamatkan mangsa keganasan

Oct 01, 2023 | 05:32 AM



Baru-baru ini, saya terjumpa video di TikTok yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang cara bukan lisan (non-verbal way) untuk mangsa penderaan mendapatkan bantuan.

Video yang tular di seluruh dunia, yang mendapat sekitar 83.3 juta tontonan, itu mendidik orang awam mengenal pasti tanda-tanda didera.

Gerak isyarat satu tangan, dikenali sebagai Signal for Help, ataupun Isyarat Untuk Bantuan, pertama kali diperkenalkan di Canada oleh Yayasan Wanita Canada pada 14 April 2020.


Ia pada asalnya dicipta sebagai alat untuk memerangi peningkatan kes keganasan rumah tangga di seluruh dunia akibat langkah pemutus litar berkaitan pandemik Covid-19.

Walaupun berada dalam era pascapandemik, gerak isyarat antarabangsa yang masih popular ini akan terus kekal demi menyelamatkan lebih ramai lagi mangsa keganasan rumah tangga.

Beberapa minggu lalu, seorang wanita berjaya diselamatkan selepas membuat gerak isyarat tangan di karnival Petaling Jaya, Malaysia.

Seorang pengguna TikTok, @hazrulhaliliceokaw, mulanya perasan wanita itu seperti pengunjung karnival lain yang hanya berjalan-jalan bersama pasangannya.

Namun, Hazrul mula menyedari bahawa wanita itu sedang menunjukkan isyarat ‘Signal for Help’ dengan tangannya semasa menyediakan gerainya.

Berdasarkan artikel The Rakyat Post, ia menyatakan bahawa teman lelaki wanita itu masih berada dekat dengannya. Mangsa berulang kali menggunakan isyarat di belakang bajunya untuk memberi isyarat kepada orang sekeliling dan berjaya bertentang mata dengan Hazrul dan orang awam lain.


Hazrul mendakwa bahawa badan wanita itu mempunyai tanda-tanda didera dan lebam, dan mendekati wanita itu sebelum beliau mendedahkan apa yang beliau alami.

Laporan itu menyatakan beliau didera oleh teman lelakinya yang berada di bawah pengaruh dadah, dan sebelum ini diikat dan disiram dengan air panas mendidih.

Hazrul segera menghubungi polis selepas mendengar cerita itu dan meminta kru Kaboom Karnival membantu menangkap suspek.

Bapa mangsa sempat mengucapkan penghargaannya dan berterima kasih kepada Hazrul menerusi WhatsApp kerana tampil dengan laporan itu.

Di Singapura, sebanyak 5,190 laporan keganasan keluarga dibuat pada 2021. Sebahagian besar kes melibatkan keganasan terhadap pasangan, diikuti oleh ibu bapa dan kemudian anak-anak.

Dari Januari hingga Jun 2022, sebanyak 2,603 kes keganasan keluarga yang dilaporkan telah difailkan.

Penderaan fizikal ialah salah satu daripada beberapa jenis penderaan. Selain mengesan lebam dan kesan fizikal, ia juga boleh dilihat menerusi tanda-tanda seperti perubahan dalam hubungan mangsa.

Misalnya, mereka kelihatan lebih takut kepada orang lain, atau terlihat bersifat agresif walaupun di tempat awam.

Mangsa juga mungkin menunjukkan paparan emosi yang luar biasa seperti bimbang, marah, keliru dan mungkin menunjukkan tanda-tanda kemurungan.

Tingkah laku sosial seperti menyepikan diri, mengelak daripada disentuh orang lain ataupun tidak dapat dihubungi adalah tanda-tanda lain yang boleh diperhatikan.

Tanda isyarat bantuan itu ialah tanda satu tangan mudah yang boleh digunakan seseorang apabila mereka memerlukan bantuan.

Jika anda melihat seseorang menggunakan isyarat itu, hampiri mereka untuk menghulurkan bantuan dan dapatkan maklumat tentang perkara yang mereka perlukan.

Rujuk mereka kepada perkhidmatan sosial dan hubungi pihak kuasa kecemasan seperti polis, bomba atau ambulans, jika keadaan membahayakan.

Keluarga di rumah, pihak sekolah dan tempat kerja harus meningkatkan kesedaran lebih besar tentang tanda isyarat untuk bantuan, sekiranya ia perlu digunakan.

Sebagai masyarakat yang sibuk dengan pelbagai kerja dan komitmen, adalah penting untuk juga berwaspada dan prihatin terhadap persekitaran, terutama keadaan yang menggambarkan ada kes mangsa yang mengalami keganasan rumah tangga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >