Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa silang kementerian dibentuk bagi perkukuh tindakan antipengubahan wang haram

Akan kaji semula sistem S’pura dengan ambil kira pengajaran daripada kes pengubahan wang haram lebih $2.8b, pastikan negara ini tidak ketinggalan daripada jenayah makin canggih
Oct 03, 2023 | 08:45 PM



Sebuah jawatankuasa silang kementerian akan dibentuk untuk mengkaji semula sistem kewangan Singapura dan mengukuhkan tindakan antipengubahan wang haram, kata Menteri Kedua Kewangan, Cik Indranee Rajah.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Cik Indranee dan dianggotai pemegang jawatan politik daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

“Penjenayah semakin canggih dan akan sentiasa mencari cara baru untuk memintas undang-undang dan peraturan kita. Oleh itu, kita mesti terus mengukuhkan keupayaan pengumpulan maklumat dan perkongsian intel (perisikan) supaya kita dapat mengesan aktiviti haram yang dijalankan oleh syarikat yang diperbadankan di Singapura dengan lebih baik,” kata Cik Indranee.

Beliau berkata demikian semasa menjawab 57 soalan yang diajukan oleh 30 Anggota Parlimen berkaitan kes pengubahan wang haram melibatkan aset bernilai lebih $2.8 bilion di Singapura.

Jawatankuasa itu akan mengkaji semula sistem Singapura dengan mengambil kira pengajaran yang digarap daripada kes tersebut, serta memastikan rejim antipengubahan wang haram negara ini tidak ketinggalan daripada jenayah yang semakin canggih.

Ia akan memberi fokus pada empat perkara utama:

– bagaimana menghalang struktur korporat daripada disalah guna oleh pengubah wang haram;

– bagaimana institusi kewangan boleh meningkatkan kawalan mereka dan bekerjasama dengan lebih berkesan antara satu sama lain dan pihak berkuasa untuk mengawal dan menimbulkan keprihatinan terhadap transaksi mencurigakan;

– bagaimana pihak berkepentingan lain, seperti penyedia khidmat korporat dan ejen hartanah boleh berjaga-jaga terhadap risiko pengubahan wang haram; dan

– bagaimana memusatkan dan mengukuhkan keupayaan pemantauan dan kepekaan merentas agensi pemerintah untuk mengesan aktiviti yang mencurigakan dengan lebih baik.

“Jika jurang dikenal pasti, kami akan mengetatkan peraturan dan penguatkuasaan untuk mencegah eksploitasi oleh penjenayah. Jawatankuasa ini akan berkongsi kemajuan dan dapatannya dalam masa dekat.

“Singapura berazam mengekalkan reputasi hasil titik peluh kita sebagai hab perniagaan bersih dan dipercayai. Kita akan terus berpegang pada pendekatan toleransi sifar terhadap pengubahan wang haram dan melakukan yang terbaik untuk memastikan rejim kawal selia yang kukuh dan teguh,” ujar Cik Indranee.

Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, mengalu-alukan pembentukan jawatankuasa itu.

“Dengan perkongsian maklumat yang lebih baik merentas agensi, MOM boleh menambah baik pemeriksaan penipuan gaji dan berkongsi kes penipuan gaji dengan agensi lain untuk menjalankan siasatan lanjut tentang sama ada individu tertentu terlibat dalam aktiviti haram.

“MOM akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemohon pas kerja, pemegang pas, dan syarikat yang didapati terlibat dalam aktiviti terlarang,” kata Dr Tan.

Cik Indranee adalah antara tiga menteri yang menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada Selasa mengenai rejim antipengubahan wang haram Singapura.

Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, dan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, turut menyampaikan kenyataan menteri masing-masing.

Encik Tan, yang juga anggota lembaga MAS, mewakili Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang juga Pengerusi MAS.

Cik Teo menjawab soalan Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok), Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) dan Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) sama ada terdapat sebarang tanda mencurigakan sebelum penahanan suspek kes pengubahan wang haram berbilion dolar itu, dan apakah suspek akan disiasat bagi kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa lain.

Cik Teo berkata pengumpulan perisikan dan perancangan bagi operasi besar boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

“Sedang siasatan semakin mendalam, rangkaian yang ditemui oleh polis semakin berkembang dan terus berkembang,” katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa jumlah aset yang dirampas setakat ini oleh pihak berkuasa ialah $2.8 bilion.

“Kebolehan membongkar rangkaian sebesar ini jelas membuktikan keupayaan (Singapura).

“Jadi jika anda seorang pengubah wang haram dan anda masih berfikir bahawa Singapura adalah tempat yang baik untuk cuba menyalurkan wang kotor anda, sila ketahui bahawa kami cukup berazam untuk menangkap anda,” ujar Cik Teo.

Sementara itu, Encik Tan berkata kerjasama rapat antara pihak berkuasa telah memberi kesan terhadap kes tersebut.

“MAS bekerja rapat dengan institusi kewangan kita untuk dengan pantas mengenal pasti dana yang tercemar agar Polis dapat merampas dana-dana ini dengan cepat. Ini mencegah suspek daripada melesapkan keuntungan yang diperoleh secara haram,” katanya.

Selain isu kes pengubahan wang haram itu, Parlimen pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >