Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jel 15 tahun bagi lelaki 69 tahun yang rogol pembantu rumah

Sep 05, 2023 | 05:33 PM



Setelah lima bulan mengalami penderaan seksual di tangan majikannya, seorang pembantu rumah berusia 45 tahun mengemas barang-barangnya dan berkeras mahu meninggalkan flat itu.

Polis dihubungi untuk cuba menghalang pembantu itu daripada melarikan diri, namun apabila pegawai tiba di flat tersebut, pembantu warga Indonesia itu mengadu bahawa majikannya telah menderanya secara seksual.

Majikannya ditangkap pada hari yang sama.

Di Mahkamah Tinggi pada Selasa, Tan Jeck Tuang, 69 tahun, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun setelah dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan.

Enam pertuduhan lain diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan. Kesalahan itu dilakukan antara November 2020 dengan Mac 2021.

Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Aedit Abdullah berkata Tan telah menganggap wanita itu sebagai mainan seksual.

Hakim juga memutuskan bahawa Tan boleh dinamakan kerana beliau meragui pendedahan namanya boleh membawa kepada pengenalan mangsa.


Peguam Tan telah meminta mahkamah supaya menimbangkan usia lanjut kliennya dan tidak mengenakan hukuman penjara seumur hidup.


Namun, hakim berkata beliau tidak setuju bahawa umur lanjut Tan patut menjadi sebab hukumannya perlu diringankan.


“Mereka yang tidak mahu mati dalam penjara dinasihatkan supaya tidak melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan mereka mati dalam penjara,” kata beliau.


The Straits Times melaporkan bahawa mangsa mula bekerja di flat Tan pada Ogos 2020.


Tanggungjawab utama pembantu tersebut ialah menjaga Tan yang didiagnos dengan demensia vaskular pada Jun 2020.


Pada 7 November 2020, Tan meminta mangsa menyediakan makanan untuknya semasa dia berada di dalam biliknya. Selepas makan, dia memanggil mangsa kembali ke biliknya untuk mengambil pinggan.

Apabila mangsa memasuki biliknya, Tan menarik tangannya dan berkata “tidur”. Mangsa serta-merta berasa lemah, tidak berdaya dan seolah-olah mahu pengsan, kata pendakwa raya kepada mahkamah.

Tan kemudian menciumnya, menyelak bajunya dan melakukan pelbagai perbuatan seksual ke atasnya.


Selepas mangsa membuka mata, beliau bersemuka dengan Tan. Tan melafazkan “maaf” dan mengatakan bahawa dia menikmati tubuh mangsa.


“Mangsa berasa malu dan meluat berikutan kejadian itu,” kata pendakwa raya.

Wanita itu memutuskan untuk menyimpan bajunya yang berbekas sebagai bukti dan analisis DNA seterusnya menemui air mani Tan pada baju itu.

Antara Februari 2021 dengan Mac 2021, Tan memberitahu mangsa supaya memeriksa peti sejuk untuk melihat daging yang ada.


Tan kemudian mendekati mangsa dari belakang dan berkata “tidur”. Sekali lagi, mangsa serta-merta berasa lemah, tidak berdaya dan seperti hendak pengsan.


Tan kemudian mengheretnya ke kerusi dan memaksanya melakukan seks oral ke atasnya.


Berikutan penahanan Tan, mangsa telah dinilai di Institut Kesihatan Mental dan didiagnos mengalami kemurungan teruk berikutan serangan seksual itu.

Timbalan pendakwa raya Theong Li Han dan Quek Lu Yi memohon hukuman penjara sekurang-kurangnya 15 tahun, dengan menyatakan bahawa mangsa telah mengalami trauma mental yang ketara akibat perbuatan Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >