Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid buat solat hajat bagi Gaza pada Jumaat, hujung minggu

Oct 19, 2023 | 08:05 PM



Sebanyak 34 masjid di sini akan melakukan solat hajat pada Jumaat dan hujung minggu ini bagi mangsa di Jaluran Gaza serta untuk memohon keamanan dan kestabilan segera dikembalikan kepada kehidupan mereka yang terjejas oleh konflik Israel-Palestin.

Semasa mengumumkan itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menggesa masyarakat Muslim menyertai solat hajat tersebut. Masjid yang akan mengadakannya termasuk Al-Taqua, Khalid, Maarof, An-Nur, Yusof Ishak, Sultan dan Abd Gafoor.

“Memandangkan pada masa ini kami tidak melihat sebarang penghujung yang pintas bagi krisis ini, Muis menggalakkan masyarakat Islam supaya terus berdoa.

“Beberapa masjid akan melakukan solat hajat pada Jumaat, serta pada hujung minggu, bagi mangsa konflik serta bagi keamanan dan kestabilan untuk kembali dengan cepat kepada kehidupan mereka yang terjejas oleh peningkatan konflik ini,” kata Muis dalam satu kenyataan pada Khamis.

Muis berkata ia kecewa mengenai perkembangan terkini konflik itu.

“Gelombang baru keganasan ini telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa yang tidak bersalah.

“Muis amat terkejut tentang krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza, terutama penutupan koridor kemanusiaan bagi bantuan serta kejadian-kejadian yang berlaku yang melanggar undang-undang antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Muis dan Pejabat Mufti menggalakkan masjid membaca qunut nazillah setiap solat jemaah, selain doa khas semasa khutbah dan solat Jumaat. Bacaan qunut nazillah digalakkan pada setiap waktu solat baik ketika solat sendirian mahupun berjemaah bersama keluarga di rumah, tambah Muis.


Sebagai respons kepada krisis itu, Muis juga bekerjasama dengan Muslim.sg untuk menawarkan bimbingan agama kepada Muslim yang terjejas oleh kesengsaraan yang menimpa Gaza. Muslim.sg ialah sebuah platform media dalam talian yang menyediakan kandungan agama Islam.

Menurut kenyataan itu, Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir, telah bertemu pegawai agama di masjid untuk memberi bimbangan berkenaan krisis Israel-Palestin. Selain itu, beliau bertemu belia untuk memberi nasihat dan perspektif tentang menangani pelbagai emosi yang dirasakan semasa melihat laporan peristiwa tragik yang berlaku dalam konflik.

Pada masa sama, Muslim Singapura boleh menunjukkan sokongan dengan menyumbang kepada usaha kemanusiaan sah, seperti pengumpulan dana oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) hingga 31 Oktober.

“Muis sekali lagi mengulangi keperluan untuk masyarakat bertindak dengan tenang dan cara yang membina dalam menangani konflik semasa di Palestin, berpandukan belas kasihan dan rahmah mengikut cara Nabi.

“Semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya kepada semua yang terjejas oleh konflik ini dan semoga Dia memberikan keselamatan bagi mereka yang tidak bersalah,” tambah Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >