Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF kumpul lebih setengah juta dolar bantu Gaza, Sheng Siong sumbang $200,000

Oct 19, 2023 | 08:16 PM



Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) telah mengumpulkan lebih setengah juta dolar pada hari pertama pengumpulan dana untuk bantuan kemanusiaan bagi masyarakat terjejas akibat konflik di Gaza.

Setakat 6 petang pada Khamis, RLAF telah mengumpul sebanyak $571,099.

Menurutnya, permulaan rayuan pengumpulan dana tersebut sangat menggalakkan dengan $100,000 dikumpulkan dalam masa 30 minit pertama.

Jumlah keseluruhan yang dikumpul, termasuk sumbangan cek daripada Sheng Siong bernilai $200,000, yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sheng Siong Group Ltd, Encik Lim Hock Chee, kepada CEO RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, di Masjid Yusof Ishak, pada Khamis.

Majlis penyerahan cek itu turut disaksikan oleh wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin, Encik Hawazi Daipi; Pengerusi RLAF, Encik Abdul Razak Hassan Maricar; dan Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad.

Memuji sifat Encik Lim, Encik Muhammad Faizal berkata: “Beliau seorang dermawan yang sangat murah hati. Ini bukan kali pertama kita menjalankan kempen pengumpulan dana untuk Gaza. Kali terakhir kita menjalankan kempen untuk Gaza, Encik Lim juga banyak menyumbang.”

Tambahnya, terdapat keperluan mendesak untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat terjejas di Gaza kerana bekalan perkhidmatan penjagaan kesihatan hanya mencukupi untuk kurang daripada sebulan.

“Terdapat beribu-ribu orang yang telah terkorban. Malah, rakan kongsi kami, Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), juga telah kehilangan beberapa kakitangan mereka.

“Keadaan di sana sangat teruk. Melalui kempen mengumpul dana ini, kami bukan sahaja berharap dapat membantu mereka yang terjejas, malah memberi isyarat bahawa nyawa yang tidak bersalah adalah penting, dan kami berharap akan ada keamanan,” jelas Encik Muhammad Faizal.

Menurutnya, RLAF baru sahaja menerima permit untuk menjalankan pengumpulan dana daripada Pesuruhjaya Pertubuhan-Pertubuhan Amal (COC) pada Rabu.

Encik Muhammad Faizal menambah bahawa RLAF dengan segera memaklumkan kepada orang ramai sebaik sahaja mereka menerima permit itu, dengan beberapa pertubuhan telah pun menghubungi RLAF untuk menyumbang dana.

Mereka yang ingin menderma boleh melakukan demikian melalui:

– PayNow ke RLAF menerusi nombor UEN 200910530ZRLA dan nyatakan ‘GAZA2023’ di bawah kenyataan

– Laman giving.sg/rlafoundationsg/Gaza2023

– Pemindahan bank ke akaun OCBC Current: 601313315001

– Hantar cek kepada RLAF dengan menulis nama penderma, nombor kontak serta “GAZA2023” ke alamat RLAF, Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740 atau Muis, 273 Braddell Road, Singapore 579702.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, RLAF berkata sejajar dengan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS), derma tersebut tidak akan menawarkan pampasan cukai kerana ia adalah bagi “tujuan amal luar negara”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >