Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah haji Singapura mula berangkat ke Tanah Suci

Jun 09, 2023 | 07:30 PM



Jemaah Singapura telah mula berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

Dalam satu catatan Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Jumaat, rombongan pertama jemaah haji sudah berlepas ke Jeddah pada Khamis dari Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.

Catatan itu menambah lebih ramai jemaah haji akan berlepas dalam dua minggu akan datang.

Dalam pada itu, jemaah Singapura yang bakal menunaikan ibadah haji di Tanah Suci akan disediakan dengan sokongan perubatan yang baik, termasuk pasukan perubatan yang lebih besar berbanding 2022.

Ini sedang kerajaan Arab Saudi menjangkakan lebih ramai jemaah tahun ini berbanding tahun-tahun lalu ekoran sekatan pandemik Covid-19 yang telah dilonggarkan.

Demikian dikongsi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, kepada Berita Harian (BH) ketika ditemui di taklimat prakeberangkatan haji yang diadakan di Max Atria, Singapore Expo pada 27 Mei.

Encik Masagos berkata seramai 19 pegawai perubatan dan kejururawatan bakal menemani jemaah haji tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >