Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah umrah S’pura meninggal di Makkah pada Sep dek barah

Oct 24, 2023 | 04:05 PM



Lima hari selepas tiba di Makkah untuk menunaikan ibadah umrah, seorang pesakit barah Singapura berusia 69 tahun meninggal dunia pada 25 September.

Allahyarhamha Rasiah Pegi, yang didiagnosis menghidap sejenis barah resdung tahap empat sejak Jun 2022, menghembuskan nafas terakhirnya lepas subuh di bilik hotelnya dan dikebumikan di perkuburan Al Sharayea di Makkah selepas zuhur.

Beliau dan tiga anak perempuan serta seorang anak saudaranya seharusnya menjalankan ibadah umrah sekitar 10 hari dari 20 hingga 30 September.

Allahyarhamha meninggalkan seorang suami, enam anak, 12 cucu, kata Cik Nurzilah Mohd Yusop, 46 tahun, anak kedua Allahyarhamha kepada Berita Harian.




@zilah.my

Part 2- Bukan Tak sayang mak, tapi kerna terlalu sayang. Zilah masih ingat lagi. Tahun lepas gi umrah. Mak pernah ckp kalau dpt meninggal kat sana. Untung . Dia pun nak meninggal kat sana. I told my husb abt it and terus watapp adik2 zilah dan 2 aunties. I told them abt my suggestion . Mereka semua kata idea yg bagus. Dan kebetulan Makcik pun Ada fikir benda yg sama. Mungkin disana mak leh sembuh. Kita pun ramai2 gi rumah mak and jumpa mak. At first mak kata taknak tapi Tak ckp kenapa. So I told mak, mesti Ada alasan mak taknak. Mak Kan suka gi umrah. Kalau boleh tiap2 tahun mak nak gi umrah. Kenapa Kali ni taknak? Mak terus ckp. Kalau gi umrah Nanti balik umrah korang suruh aku operation. Taknak lah. Kalau Tak da syarat operate mak nak. Haizzz mak ni . Sampai Situ Dia fikir. Dia ingat Kita nak kasi dia syarat lak. Tapi zilah ckp lah. Memang Ada syarat & syarat nye Mak kena pakai wheelchair kat sana. Nanti Kita beli wheelchair. Supaya mak Tak penat. (Mak sebenarnye Tak suka pakai wheelchair pasal dia rasa Selagi dia boleh Jalan dia jln). Dia pun setuju utk pakai wheelchair and dia excited lah pasal nak gi umrah. Dia kata dia Ada duit Kalau nak pakai. Kita ckp Tak payah . Mak Jgn risau tentang duit umrah. Masa sangat suntuk kerna kata2 dr. Simpanan pun Tak bny and taknak mak keluarkan duit dia sendiri. I told my 2 siblings they can go with mum and we can help out with the payment but they Tak brani go without me cause it’s their first time. So end up kita plan go 3 bradek and with mak. Adek bradek lain Tak leh go. I decide to choose Noah Travel because we went with them before and they bny pegawai. So senang Kalau nak mintak ape2 bantuan Kalau terjadi ape2. Kami ikhtiar. Tapi Allah permudahkan segalanye. Ketika zilah watapp Boss Hamdan from Noah Travel . Zilah tny Ada tak package simpler and cheaper for us to bring mak since it’s so last min. And I told him we only certain amt of cash right then. So we need to find a simpler package. In less than 45mins , he replied us. Pay watever we have for mak. Balance Noah Charity will pay, he even told us to choose the date to travel. Allahu Akbar 🤲 I felt to blessed and thanks Allah. Never I thought of this will happen at all. Rezeki Mak. And memang rezeki mak, $2000 telah di sponsor oleh seseorang(kita2 je tau sapa), Dan $1300 oleh Noah Charity. Yg balance beratus Kita kluar sendiri kerna last min tukar type bilik since our cousin nak join in. Visa mak & zilah masih valid, Speed train kita berdua lak Noah offset pasal we Almuni Noah. Alhamdulillah As it’s haji season & we already got other plans in august, we only manage to travel in Sept. Some told me y not choose Oct, nov or Dec. I told them dec too cold and crowded. Where else, Oct and nov is too late. I’m not sure if mak is fit or able to wait for it. Alhamdulillah the date was set for 20 Sept 2023 to 30 Sept 2023. I skeptical abt this date at first because 25th sept is my 26th wedding anniversary & 1 year opening of our physical shop Scent Of Heaven رائحةالجنة & hope to celebrate with my husb and family. But he say it’s ok. We can always celebrate other day. The umrah more important. NEVER THAT I KNOW . That date is the date Mak leave us forever🥹🥹 25th September 2023 - I’m officially Anak Yatim Piatu / Orphan. No Biological Mum & No Biological Dad in this world. Persiapan semua berjalan dgn lancar dan Kali Ini aku ckp dgn mak. Mak Kita buat kenduri sebelum gi umrah okie. Mak pun kata ok. Slalunye Kita org gi umrah tak pernah buat kenduri. Tapi Kali ni aku ckp dgn mak. Biar semua leh dtg tengok mak time kenduri Nanti kalau Ada yg tak leh dtg airport utk antar mak. Kita tak bilang sapa2 pasal nak gi umrah. Cuma yg tau keluarga yg nak gi umrah bersama saja. Kita org plan nak kasi tau time kenduri Nanti. So Kita set date 17/9 utk kenduri kesyukuran . #umrah2023

♬ Bika Moulhimi - Arabic Version - Maher Zain & Mustafa Ceceli



Kisah pemergian ibunya semasa menjalankan umrah antara 20 dengan 30 September lalu kerap disiarkan dalam beberapa video di TikTok oleh Cik Nurzilah.

Salah satu videonya bertajuk “lima pergi, hanya empat sahaja pulang”.


Menurut Cik Nurzilah, jenis barah yang dihidapi ibunya jarang dikesan, iaitu karsinoma intraduktal sinus maxillary kanan lanjutan, dan menjejas seluruh muka beliau, termasuk mulut, mata dan telinga.


Pada ketika itu, jangka hayat Allahyarhamha diramal mungkin hanya berpanjangan sekitar setahun sahaja.


Allahyarhamha kemudian menjalani beberapa prosedur termasuk rawatan radioterapi pada September 2022.


Pada Jun 2023, doktor mendapati barahnya telah merebak meluas dan menyarankan beliau menjalani pembedahan bagi membuang tumbuhan barah itu.

Memandangkan tiada jaminan sel barah itu dapat dihapuskan, beliau dan keluarga memutuskan tidak melakukannya.

“Kalau hendak buat pembedahan pun, kami perlu pertimbangkan kemungkinan barahnya akan hilang atau akan meninggalkan baki sel barah.


“Bagaimanapun ia satu percubaan sahaja, mungkin tambah risiko pun ada,” kata Cik Nurzilah dalam satu kiriman Whatsapp kepada keluarganya yang dilihat BH.


Lantaran itu, Cik Nurzilah dan keluarganya menyarankan agar Allahyarhamha melakukan umrah sekali lagi kerana beliau pernah meluahkan hasrat ke Tanah Suci setiap tahun jika mampu.

Kali terakhir Allahyarhamha melakukan umrah adalah pada 2022 dan 2021.

Jadi Cik Nurzilah dan arwah menyertai sebuah agensi pelancongan Singapura pada September dan mereka ditemani dua adik Cik Nurzilah serta seorang sepupu perempuan mereka.

Mereka bergilir-gilir menjaga Allahyarhamha, yang antara lain memerlukan kerusi roda untuk bergerak dan makan menerusi tiub.

Pada hari keempat di Makkah, pada 24 September – sehari sebelum mereka berangkat ke Madinah – Allahyarhamha dan seorang adik Cik Nurzilah demam dan tidak selera makan.

Menurut Cik Nurzilah, sekitar 5 pagi esoknya, Allahyarhamha terjatuh ketika hendak mendirikan solat subuh.

Allahyarhamha dikatakan masih dikesan mempunyai nadi apabila pegawai syarikat pelancongan itu memeriksa keadaannya sekitar 6 pagi, namun pernafasannya semakin berkurang.


“Pada 6.10 pagi, saya dan pegawai syarikat pelancongan periksa nadinya. Kami tak rasa apa-apa. Pernafasannya yang selalu berbunyi kuat pun dah tak ada lagi,” singkap Cik Nurzilah.

Allahyarham disahkan meninggal dunia sekitar 7 pagi oleh doktor yang datang.

Cik Nurzilah berkata pada ketika itu beliau perlu menguruskan pelbagai dokumen sekiranya arwah ibunya itu sesuai untuk dihantar pulang ke Singapura.




@zilah.my

Part 4 - YA ALLAH senang nye ibu kami pergi. Mudah nye ibu kami pergi, Tiada rasa kesakitan lagi. Dia pergi dgn mudah. Dia pergi di awal subuh hari, Dia pergi utk selama- lama nye dia tempat yg pernuh berkah. Dia pergi pada Hari Isnin. Hari yg bny kelebihannye utk umat Islam :- 🌷Hari Isnin lahirnya Nabi Muhammad saw 🌷Hari Isnin Malaikat Jibril pertama Kali turun bertemu dengan Rasulullah Saw 🌷Hari Isnin Wafatnye Rasulullah Saw 🌷Semua amal perbuatan umat diperlihatkan pada Rasulullah Saw pada Hari Isnin Dan bny lagi kelebihan Hari Isnin Persiapan utk membawa jenazah ke hospital pun dah diarrange oleh pegawai Noah. Abdullah dari Jeddah dtg ke Mekah. Zilah disuruh siap sedia utk ikut jenazah ke hospital dan standby lebih power bank utk hp incase kena tunggu lama kat sana. Kdg kala mkn masa yg lama kerna meninggal di hotel, perlu check semua, and tourist lagi lah kena check cam2. Consent jer utk burial and lain2 kena zilah manually tulis. Nasib baik boss Noah dah kasi template utk copy. Yes bny paperwork drg kena buat. Nasib baik Zilah dah standby medical report mak from Singapore. Dah mintak dr onco sebelum go umrah just in case. Kul 9 pagi, jenazah pun diiringi keluar dari bilik hotel. Zilah pun ikut Abdullah & Ustaz Kamal utk ke hospital .Yg lain tinggal di hotel utk pack brg2 kami. Kita dah prepared utk tunggu lama. Alhamdulillah di hospital cepat jugak processnye tak seperti biasa. Maybe dah Ada medical report and tak payah post mortem. Dari hospital kami ke Masjid Al Muhajerren abt 15mins from hospital utk mandikan Jenazah. Abdullah pun arrangekan utk adik2 dtg ke masjid utk tengok mak utk Kali terakhir. Kerna jauh, aku pun ckp dgn Abdullah tak payah Ustaz ambik drg. Biar drg naik careem ke masjid terus jadi tak waste time. Drg pun actually takut lah lepaskan 3 perempuan naik careem ke tempat yg tak kenal. So Dari hotel, Idros dan Ustaz Jamal teman adik2 zilah ke masjid. Tak expected pun drg tolong antar pasal they tengah busy nak settlekan jemaah lain cause nak berangkat ke Madinah after lunch. Ustaz Samsir & Rezuno settlekan Jemaah lain. Whatever I really appreciate their effort. Bila jenazah dah sampai Masjid, zilah masuk ke ruang Mandi jenazah utk Wanita. Abdullah Ada bilang slalu kena tunggu depend berapa mayat yg q utk di mandikan. Tak sempat zuhur mungkin Asar baru leh lepas. Besar tempat dia tak cam kat Singapore. Bny partition bilik drg sediakan and Ya Allah bny betul kayu2 utk bawak jenazah dah standby. Kain kapan, minyak dan banyak benda2 lain semua dah prepared. Kat sana ada 2 pekerja masjid dan zilah sendiri uruskan jenazah mak. Alhamdulillah Zilah dpt mandikan jenazah mak buat kali terakhir. Cepat dan agak kasar jugak cara mereka bila mandikan. (Dah memang Cara mereka gitu) For Zilah it’s their job and their expertise to do all these. Alhamdulillah they do it very well so NO complain at all. They instruct me what to do dlm Bahasa Arab . Memang lah tak faham langsung tapi Alhamdulillah pernah go kursus jenazah so tau lah jugak ape drg nak Kita buat. Only word yg leh faham dari drg is ‘Sister’. Minyak Attar drg letak pun bukan main bny. dlm 100ml lebih drg tuang, murah hati betul lah. Wangi sewangi wangi nye.…..Telekung yg mak pakai sempat zilah ambik utk nak kasi Adik yg kat Singapore. Zilah bilang drg I want bring back. Drg pun just ok jer. Yg lain drg dah gunting and buang. Sedih dan terharu dpt mandikan mak utk Kali terakhir. Less than 15mins, semua dah siap. Dgn kapan kan skali. Cara kapan pun lain dgn kita dan cara letak tangan mayat pun lain. Well when you in people country you have to follow their ways. As long ikut cara Islam. They know better than me. Process yg cepat since nak rush for zuhur. Lepas dah siap jenazah, ada org2 mereka solatkan jenazah. Dgn cepat drg bawak jenazah ke dalam van utk di bawa ke Masjidil Haram utk disolatkan. Adik2 pun baru sampai so drg cuma dpt tengok nak dlm van jenazah jer. All rushing utk Zuhur. At least sempat drg tengok and peluk mak buat Kali terakhir. Continue part 5

♬ Cinta Sampai Mati - Kangen Band



Namun segala urusan jenazah dijalankan dengan pantas dan lancar.


Pemeriksaan pengesahan kematian dijalankan sekitar sejam di sebuah hospital berhampiran dan kemudian jenazah dimandikan dan dikafankan di Masjid Al-Muhajireen, sekitar 10 kilometer dari Masjidil Haram.

Jenazah disolatkan di Masjidil Haram selepas zuhur dan dikebumikan dalam perkarangan Tanah Haram.

Cik Nurzilah berkata ibunya pernah meluahkan hasrat agar anak-anaknya membantu memandikannya memandangkan beliau tidak sihat.

“Tapi saya pula tidur di bilik yang lain. Tak sangka kali terakhir saya mandikan ibu saya ialah waktu mandi jenazah,” ujarnya.

“Semuanya aman sahaja,” tambah beliau yang menyifatkan ibunya orang terpilih untuk meninggal dunia di Tanah Suci.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >