Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenaka ‘jelik’ pelawak bekas warga S’pura di AS dikecam

Jun 08, 2023 | 03:35 PM



Lawak oleh seorang pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia, tentang pesawat MH370 yang hilang dikecam oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Encik Vanu Gopala Menon.

Chia, bekas warga Singapura yang kini warga Amerika Syarikat, membuat lawak mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 itu semasa satu pertunjukan komedi di Amerika baru-baru ini yang menyentuh persaingan antara Singapura dan Malaysia.

Dr Balakrishnan berkata di Twitter pada Khamis:

“Saya terkejut dengan kenyataan jeliknya. Beliau tewntukan sekali tidak bercakap bagi pihak rakyat Singapura. Kami menghargai hubungan kami dengan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia dan memohon maaf atas kesalahan dan keterlanjuran yang dilakukan kepada semua rakyat Malaysia.”

Komen beliau itu adalah respons kepada satu tweet oleh ahli politik Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mengatakan tindakan Chia menggunakan tragedi sebagai sumber hiburan adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan, lapor The Straits Times.


Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada Mac 2014 namun tidak mendarat di sana dan kehilangannya menjadi misteri hingga hari ini.

Dalam satu klip video 89 saat tentang lawaknya yang dimuat naik ke Instagram, Chia berkata:

“Malaysia, awak semua cakap ‘Hey, Singapura, awak nampak baik lah’. Dan kami berkata, ‘Tahu, tapi kenapa awak belum datang ke sini, dah 40 tahun?’”

“(Malaysia) pula berkata, “Itulah, saya dah cuba, tapi awak tahulah, pesawat-pesawat saya semua tak boleh terbang.”

Kenyataan Chia itu mengundang tawa dan rasa terkejut penonton.

Beliau kemudian menyambung: “Kenapa? Malaysia Airlines hilang tak kelakar ke? Kadang sesetengah lawak memang tak sampai.”

Memberi responsnya tentang lawak tersebut, Encik Menon berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis:

“Pemerintah Singapura tidak menerima kata-kata atau tindakan yang menyebabkan kemudaratan atau kecederaan kepada orang lain dan Chia sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.

“Sebagai jiran terdekat, Singapura dan Malaysia menikmati hubungan yang kuat... Komen seperti yang dibuat oleh Chia tidak membantu dan menjejaskan kepercayaan dan persahabatan rapat yang dinikmati oleh dua negara ini dan warga kami.”

Chia telah menyahaktifkan akaun Twitter, Instagram dan Facebooknya berikutan respons negatif yang diterima.

Laman Instagramnya, khususnya, dibanjiri dengan komen yang mengutuk pilihan bahan jenakanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >