Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenayah penipuan, dadah, pengganasan ancaman berterusan bagi Asean: Faishal

Aug 24, 2023 | 02:48 PM



Kes-kes penipuan, jenayah berkaitan dadah dan pengganasan merupakan antara jenayah rentas sempadan utama yang menjejas Singapura dan rantau ini.

Justeru negara Asean perlu terus kekal bersatu padu dan memperkukuh kerjasama dalam menangani ancaman rentas sempadan yang dijangka terus berubah, menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Dalam menyampaikan ucapannya semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Jenayah Rentas Negara ke-17 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Dr Faishal telah menggariskan beberapa jenayah yang terus menjadi ancaman bagi rantau tersebut dan perlu diberi perhatian.

Ini memandangkan jenayah rentas sempadan kekal sebagai “ancaman utama terhadap keamanan dan kemakmuran rantau ini.”

Jenayah siber, termasuk penipuan melalui alam maya, terus menimbulkan keprihatinan, katanya.

Kes penipuan membentuk sekitar 59 peratus jenayah di Singapura secara keseluruhan – jauh melebihi semua kategori jenayah lain – dengan lebih 31,728 kes yang dilaporkan pada 2022.

“Pendekatan menyeluruh diperlukan untuk membasmi kes penipuan. Pemerintah, sektor swasta, dan juga masyarakat perlu bekerjasama,” katanya.

Beliau menggariskan beberapa usaha yang telah dilakukan Singapura dalam usaha menangani isu tersebut, termasuk melalui kempen pencegahan penipuan dan kerjasama pihak polis dengan syarikat media sosial untuk mengenal pasti akaun dan iklan yang mencurigakan.

Dengan lebih banyak sindiket yang beroperasi rentas sempadan, Dr Faishal menggesa supaya kerjasama negara Asean terus diperkukuh dalam usaha membanteras jenayah penipuan.

Ini termasuk dalam bidang penguatkuasaan dan untuk mendapatkan semula hasil penipuan tersebut, tambahnya.

Mesyuarat tersebut bertujuan menyediakan ruang bagi negara Asean mengukuhkan kerjasama dengan rakan kongsi serantau dan antarabangsa untuk menangani jenayah rentas negara dan memastikan rantau lebih selamat.

Satu lagi jenayah rentas sempadan yang terus menjadi cabaran, menurut Dr Faishal, adalah jenayah dadah yang kini semakin berleluasa dengan lebih banyak dadah sintetik yang lebih murah.

Singapura juga bimbang akan perubahan sikap dan pemikiran terhadap jenayah dadah yang kini berlaku di peringkat global, tambahnya.

Dalam pada itu, ancaman radikalisasi diri sendiri di Singapura kekal terus menimbulkan keprihatinan, terutama sekali trend yang melibatkan belia radikal.

“Dengan ancaman pengganasan yang terus berubah, Singapura akan terus memastikan ia bersedia dengan mempertingkat keupayaan bertindak balas terhadap pengganasan.

“Kerjasama serantau penting dalam usaha menangani isu pengganasan. Kami juga bekerja rapat dengan agensi penguatkuasa undang-undang serantau dengan bertukar maklumat operasi bagi mencegah, mengenal pasti dan menghentikan aktiviti pengganasan,” katanya.

Dengan Asean yang lebih bersepadu, Dr Faishal berkata beliau optimistik ia mampu menangani ancaman tersebut dengan berkesan dan memastikan keselamatan rantau itu bagi semua rakyat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >