Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jet pejuang F-16 RSAF buat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi

Nov 14, 2023 | 06:28 PM



Kerosakan yang dialami jet pejuang F-16 telah menyebabkan juruterbang pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi pada tengah hari Selasa.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam kenyataannya berkata, pesawat RSAF itu telah selamat mendarat di Landasan Tiga Lapangan Terbang Changi Singapura pada 12.05 tengah hari.

Tayar pesawat RSAF dikatakan pancit semasa mendarat.

Tiada orang yang cedera.

Akibat kejadian itu, Landasan Tiga ditutup sementara dan dibuka semula kira-kira 1.30 tengah hari.

Pesawat itu ditarik keluar kira-kira 1.20 tengah hari.

Sepanjang tempoh penutupan Landasan 3, tiada penerbangan dilencongkan.

Sebanyak 74 penerbangan mengalami kelewatan, secara purata, kurang setengah jam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >