Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Joget zumba diiringi lagu rancak dangdut, agogo tambat hati pengguna TikTok

Kelas kendalian penari mapan Khairi Supani, 65 tahun, diadakan di taman kejiranan Tampines, Sengkang dan Choa Chu Kang
Aug 04, 2023 | 09:45 PM



Lagu dangdut, lagu agogo, lagu Thai pun ada.

Bermacam lagu rancak yang mengiringi kelas zumba atau tarian cergas yang dikendalikan Encik Mohamed Khairi Supani.

Kelasnya diadakan di ruang awam di serata Singapura termasuk di Tampines, Sengkang, Choa Chu Kang dan akan datang – di Woodlands pula.

Encik Khairi memberitahu Berita Harian, sambutan bagi kelasnya sehingga kini amat memberangsangkan dengan sekitar 30 orang menyertai setiap sesi, dengan peserta tertua berusia hampir 70 tahun.


Sejak beliau muda lagi, Encik Khairi sudah menjelajah dunia untuk menari di platform antarabangsa seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat untuk pelbagai kumpulan tarian.

Kini, beliau yang berusia 65 tahun, berharap untuk memupuk minat terhadap seni tarian dalam masyarakat Melayu di Singapura.

Selama 20 tahun, Encik Khairi telah mengendalikan kelas tarian cergas di beberapa ruang masyarakat di seluruh Singapura. Ini termasuk ruang seperti kelab masyarakat serta kawasan lapang seperti taman tempatan.

Melalui kelas tarian cergas itu, beliau berharap dapat menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam.

Encik Khairi berkata minatnya untuk tarian berputik seawal usia 18 tahun.

Diberi peluang untuk melakukan persembahan di kaca televisyen dalam beberapa siri hiburan pada 70-an, Encik Khairi menambah pengalaman itu memberinya semangat untuk meneroka bidang tarian.

“Saya dulu menari suka-suka saja.

“Tetapi lama kelamaan, terdapat beberapa orang seperti guru-guru dan rakan saya yang memberi saya perangsang untuk cuba melakukannya secara serius,” katanya.

Dalam masa hampir 10 tahun sejak permulaannya, Encik Khairi meningkatkan kemahirannya untuk mempelajari pelbagai jenis tarian. Ini termasuk tarian Melayu, Cina, balet, jaz, kontemporari dan juga aerobik.

Pada masa yang sama, beliau juga berpeluang beraksi di peringkat antarabangsa seperti di Malaysia, Hong Kong, San Francisco dan Korea Selatan.

Menyifatkan persembahannya di Korea sebagai salah satu acara yang beliau tidak dapat lupakan, Encik Khairi berkata:

“Saya ke Korea pada 1985 untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menari di Sukan Komanwel.

“Ia merupakan salah satu peluang awal saya untuk melakukan persembahan di pentas antarabangsa dan menjadi wakil Singapura,” katanya dengan bangga.

“Ketika itu juga, ia merupakan pertama kali saya ke Korea dan saya di sana selama seminggu secara percuma. Jadi saya anggapnya sebagai cuti juga,” katanya sambil tertawa.

Beliau kini sudah bersara. Meskipun sudah berhenti daripada melakukan persembahan secara aktif, Encik Khairi kini menggunakan tenaganya untuk memupuk minat menari kepada orang ramai.







Menekankan pentingnya menjaga kesihatan, Encik Khairi berharap dapat memupuk minat beriadah dalam kalangan warga emas Melayu/Islam.

“Sebagai warga emas sendiri, saya tahu ramai dalam masyarakat kami kurang beriadah dan ini antara sebab yang menjejas kesihatan secara am.

“Oleh itu, apa yang saya lakukan adalah untuk meningkatkan kesedaran bahawa bersenam itu bukan sesuatu yang sukar tetapi ia boleh menjadi aktiviti yang menarik,” jelas bapa kepada lima anak itu.

Dengan menggunakan wadah media sosial TikTok, Encik Khairi turut menarik perhatian orang ramai dengan lebih daripada 23,000 pengikut dan 121,000 ‘likes’.







“Saya hanya ingin sebar sikap yang positif sebenarnya.

“Ramai yang sertai kelas yang saya anjurkan setelah mendapat tahu tentang tempat saya mengadakan kelas.

“Tetapi ada yang juga mengikuti tarian saya melalui video yang saya muat naik dan itu yang saya mahukan untuk orang dalam masyarakat kita. Asalkan mereka boleh bergerak sahaja!” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >