Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jual barang terpakai: 21 hilang $210,000 dalam penipuan perisian hasad

Oct 10, 2023 | 05:41 PM



Sekitar 21 orang menjadi mangsa penipuan perisian hasad pada September ketika cuba menjual barangan terpakai melalui Internet, dengan kerugian sekurang-kurangnya $210,000.

Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata pada Selasa bahawa penipu akan menyiarkan iklan palsu di Facebook, kononnya ingin membeli barangan terpakai seperti pakaian, elektronik atau perabot.

Tertarik kepada iklan itu, mangsa akan berkomunikasi dengan penipu melalui WhatsApp dan bersetuju dengan harga untuk barangan tersebut, lapor The Straits Times.

Penipu kemudian akan meminta mangsa memuat turun Kit Pakej Android (APK) – sebuah aplikasi yang dicipta untuk sistem pengendalian Android – yang mengandungi perisian hasad.

APK itu akan memberi penipu akses jarak jauh kepada peranti mangsa, sekali gus membolehkan mereka mencuri maklumat peribadi dan kata laluan perbankan.

Mangsa kemudian akan mendapati urus niaga tanpa izin telah dibuat menggunakan akaun bank mereka.

Polis meminta orang ramai supaya berhati-hati apabila berurusan dengan iklan dalam talian, terutama di Facebook.

“Aplikasi hendaklah dimuat turun daripada gedung aplikasi rasmi. Maklumat pembangun aplikasi serta bilangan muat turun dan ulasan pengguna, hendaklah disemak untuk memastikan kesahihannya.

“Kandungan atau iklan yang mencurigakan harus dilaporkan ke Facebook, dan nombor yang dikaitkan dengan iklan di WhatsApp harus disekat,” kata polis.

Sebarang urus niaga tanpa izin juga harus dilaporkan kepada bank dengan segera.

“Mereka yang mengesyaki telefon mereka mungkin mengandungi perisian hasad harus menukar peranti itu kepada mod penerbangan, menjalankan imbasan antivirus, menyemak urus niaga tanpa izin pada peranti lain atau mempertimbangkan membuat penetapan semula atau factory reset sambil menukar kata laluan penting,” kata polis.


Penetapan semula itu akan memulihkan telefon pintar atau komputer kembali kepada keadaan asalnya, termasuk memadamkan semua data, aplikasi dan penetapan pada peranti.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah tersebut atau dalam berasa ragu-ragu digesa menghubungi talian segera polis di 1800-255-0000 atau melungsuri laman www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >