Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekurang-kurang 30 jadi mangsa tipu tempahan hotel, rugi $41,000 sejak Sep

Oct 08, 2023 | 09:00 PM



Sekurang-kurangnya 30 orang telah menjadi mangsa penipuan tempahan hotel sejak September, dengan kerugian berjumlah sekitar $41,000.

Polis berkata pada Ahad bahawa kesemua mangsa itu telah membuat tempahan hotel menggunakan portal tempahan dalam talian Booking.com dan menerima e-mel atau mesej daripada fungsi sembang atau ‘chat’ dalam aplikasi Booking.com.

E-mel atau mesej itu dihantar oleh penipu yang menyamar sebagai wakil hotel.

Penipu kemudian meminta mangsa mengesahkan tempahan hotel menggunakan satu pautan atau ‘link’ yang palsu.

Namun selepas pautan itu diklik, mangsa akan diminta memberi butiran peribadi dan bank mereka, seperti kata laluan sekali sahaja (OTP) dan nombor kad kredit.

Dalam sebilangan kes, laman web palsu itu akan meminta mangsa membuat bayaran untuk mengesahkan tempahan hotel mereka.

Mangsa menyedari mereka telah ditipu apabila mereka cuba menghubungi Booking.com atau pihak hotel, atau menemui transaksi tanpa kebenaran dalam akaun bank atau kad kredit mereka.

Polis menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga seperti memuat naik aplikasi ScamShield dan menetapkan ciri keselamatan seperti pengesahan dua faktor (2FA) dan pengesahan pelbagai faktor bagi bank.

Orang ramai juga harus menetapkan had transaksi bagi transaksi perbankan Internet, termasuk PayNow.

Individu digesa untuk sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat dengan pihak hotel melalui butiran nombor telefon rasminya, dan jangan klik pautan yang disediakan dalam mesej yang tidak diminta.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengenali tanda-tanda laman web pancingan data dan jangan mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan kepada sesiapa.

Jika anda mempunyai maklumat berkaitan jenayah sedemikian, atau mempunyai keraguan, sila hubungi polis di talian 1800-255-0000, atau serahkan maklumat dalam talian di laman web www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >