Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Jumlah kemalangan libat pemandu mabuk naik 21.4 peratus

Sep 24, 2023 | 05:26 PM



Bilangan kemalangan melibatkan pemandu dalam keadaan mabuk meningkat sebanyak 21.4 peratus kepada 85 pada separuh pertama 2023, berbanding 70 kes pada separuh pertama 2022.

Dalam tempoh yang sama, jumlah kemalangan menyebabkan maut ketika memandu dalam keadaan mabuk meningkat kepada enam, daripada tiga kes, menurut perangkaan terkini Pasukan Polis Singapura (SPF).

Di samping itu, jumlah pemandu ditahan dalam keadaan mabuk kekal hampir sama dengan 785 orang, pada separuh pertama 2023, berbanding 790 orang pada separuh pertama 2022.

Usaha pengesanan ini dapat dijalankan dengan penggunaan pusat ujian mudah alih, Penganalisis Bukti Pernafasan (BEA), iaitu kenderaan polis yang dilengkapi dengan kemudahan menganalisa pernafasan - antara keupayaan Polis Trafik (TP) dalam mengesan pemandu mabuk.

Sebagai sebahagian daripada usaha mengesan pemandu dalam keadaan mabuk, TP telah menjalankan operasi sekatan jalan raya di sepanjang Kallang Road pada malam Jumaat, yag disertai oleh Berita Harian.

Seramai tiga pemandu telah ditahan dalam operasi itu selepas mereka gagal ujian BEA, yang menunjukkan darah ketiga-tiga pemandu mengandungi jumlah alkohol melebihi had dibenarkan.

Pusat ujian BEA bertujuan untuk memudahkan pegawai TP untuk menjalankan ujian pernafasan di tapak. Dengan adanya pusat ujian BEA di tapak sekatan jalan raya, ia membolehkan pegawai TP mendapatkan dapatan ujian dengan tepat dan segera.

Sekatan jalan raya itu, yang dijalankan di jalan raya bertentangan bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), menyebabkan lorong kedua, ketiga dan keempat jalan raya ditutup.


Hanya lorong pertama dibuka untuk memastikan kenderaan melepasi sekatan jalan raya satu persatu.


Semasa ditemui, Ketua Pasukan Unit Rondaan, Penolong Superintenden Polis (ASP) Alex Au Jing Qi, menjelaskan bahawa terdapat tiga tahap ujian di sekatan jalan raya itu, yang bertentangan bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Dalam ujian pertama di lorong pertama jalan raya, pegawai TP akan mengarahkan pemandu untuk menghembus nafas ke alat ujian pernafasan bagi menentukan sama ada mereka telah minum alkohol.

Jika pemandu didapati tidak minum alkohol, mereka dibenarkan melepasi sekatan jalan raya.

Tetapi sekiranya pemandu didapati minum alkohol, mereka harus menjalani ujian tahap kedua, yang menentukan sama ada pemandu telah melebihi had minuman alkohol.

Had dibenarkan adalah 35 mikrogram alkohol setiap 100 milimeter nafas atau 80 miligram alkohol setiap 100 milimeter darah.

Bagaimanapun, ASP Alex menerangkan bahawa ujian kedua itu hanya sekadar untuk mendapatkan dapatan awal.

“Sekiranya pemandu didapati melebihi had alkohol, kita akan menjalankan ujian ketiga, iaitu ujian BEA. Dapatan daripada ujian BEA ialah lebih tepat dan segera.

“Jika pusat ujian BEA tidak dikerahkan di tapak, kita harus membawa pulang pemandu yang disyaki melebihi had alkohol ke ibu pejabat. Di sana, barulah kita boleh menjalankan ujian BEA dan ini akan makan masa sekitar satu jam.

“Jadi dengan pusat ujian BEA ini, kita boleh menjimat lebih banyak masa dan menjalankan operasi sekatan jalan raya dengan lebih cekap,” ujar ASP Alex.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >