Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Karyawan Hazri Hassan dilantik Pengarah Eksekutif SEC

Sep 15, 2023 | 03:10 PM



Seorang karyawan mapan dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, Encik Hazri Hassan, telah dilantik Majlis Alam Sekitar Singapura (SEC) sebagai Pengarah Eksekutif pertubuhan itu berkuatkuasa 1 November ini.

Dedikasinya terhadap pemuliharaan alam sekitar berbekalkan pengalaman 30 tahun, bersama dengan wawasan strategiknya, menjadikan beliau calon terbaik untuk menerajui SEC ke era pertumbuhan baru dalam menggalak kelestarian alam sekitar dan membolehkan pembangunan hijau.

Encik Hazri sebelum ini telah memegang peranan kepimpinan utama sebagai Pengarah Bahagian (Dasar Antarabangsa) di Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar, serta Wakil Tetap Singapura untuk Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Sumbangan beliau yang pelbagai kepada pembangunanan mampan dan kerjasama rentas sempadan telah mendapatkan penghormatan daripada pihak berkepentingan di seluruh dunia.

“Kami berbesar hati mengalu-alukan Encik Hazri Hassan sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Alam Sekitar Singapura yang baharu,” kata Cik Isabella Huang-Loh, Pengerusi SEC.

“Beliau akan membantu memacu pembaharuan bermakna dan memupuk perkongsian global yang sejajar dengan misi SEC sebagai sebuah majlis untuk mewujudkan kerjasama dengan perusahaan sosial dan sektor rakyat dan memimpin dalam cara mengembangkan pasaran hijau antarabangsa untuk perniagaan yang mementingkan alam sekitar,” tambah beliau.

Pelantikan Encik Hazri menandakan detik penting bagi SEC, meletakkan organisasi ini untuk meneruskan misinya demi kelestarian dan penjagaan alam sekitar.

Kepakarannya dan perspektif globalnya akan memajukan inisiatif SEC dan mengukuhkan peranan Singapura dalam menangani cabaran sekitar dengan ketara serta memanfaatkan peluang kritikal untuk perubahan positif.

“Saya teruja dan ghairah untuk mengambil peranan ini di Majlis Alam Sekitar Singapura. Saya komited untuk membina legasi organisasi dan bekerjasama rapat dengan pasukan yang berdedikasi untuk memacu perubahan positif untuk alam sekitar dan komuniti,” kata Encik Hazri.

Ditubuhkan pada tahun 1995, SEC ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukan untuk keuntungan, yang bertujuan untuk membolehkan perniagaan dalam perjalanan kemampanan mereka melalui program pensijilan alam sekitar yang diiktiraf di peringkat global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >