Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kategori baru Anugerah Muis iktiraf usaha pemimpin belia

Aug 12, 2023 | 06:40 PM



Satu kategori anugerah baru telah diperkenalkan dalam acara tahunan Anugerah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk mengiktiraf pemimpin belia.

Anugerah tersebut, Anugerah Belia Harapan, diberikan kepada dua penerima sulung – Encik Mohamed Ashiq Abdul Aziz dan Cik Nur Hidayah Mohd Tahir – oleh Presiden Halimah Yacob dalam satu majlis penganugerahan di Istana pada Sabtu.

Kategori anugerah terbaru itu diberikan sebagai “pengiktirafan kepada usaha para pemimpin belia yang telah menumpukan masa, bakat dan tenaga” untuk berbakti kepada masyarakat Islam Singapura, menurut satu kenyataan Muis.

Semasa berucap, Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, berkata: “Apabila kami menyambut Muis50 pada 2018, kami menyingkap kembali dan menghargai individu yang telah melalui perjalanan bersama kami untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Tetapi kami juga memandang ke arah masa hadapan untuk menghargai sukarelawan belia bagi generasi seterusnya.

“Anugerah (terbaru) ini mengesahkan komitmen kami untuk mengasah pemimpin generasi seterusnya yang akan terus membentuk masa hadapan masyarakat Islam Singapura.”

Acara tersebut turut menyaksikan tujuh penerima lain mendapat anugerah dalam dua kategori berasingan – Anugerah Jasa Bakti dan anugerah terulung, Anugerah Jasa Cemerlang.

Anugerah Jasa Bakti diberikan kepada enam penerima iaitu Encik Farihullah S/O Abdul Wahab Safiullah, Encik Abdul Rohim Sarip, Encik Ariff Sultan S/O Yousoff Sultan, Encik Mohamed Arsad Salim, Encik Mohd Amin Abdul Latip dan Cik Rubiha Hashim.

Anugerah terulung pula diberikan Ustaz Pasuni Maulan.

Muis berkata Ustaz Pasuni telah menaburkan bakti luar biasa kepada masyarakat, yang mana ia merentasi beberapa institusi keagamaan utama seperti Muis, masjid-masjid, sektor madrasah dan Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB).

Antara sumbangan beliau dalam ARB misalnya adalah untuk meningkatkan kemahiran dan “memastikan kesiapsiagaan asatizah untuk mengemudi masyarakat dalam kehidupan sosioagama”, tambah Muis.

Oleh demikian, Encik Kadir berharap kisah-kisah yang ditonjolkan penerima menjadi pembakar motivasi bagi individu dan menggesa masyarakat Muslim “melibatkan diri dalam kesukarelawanan, kepimpinan dan (membuat) sumbangan bermakna.”

Dalam pada itu, acara tersebut turut menampilkan segmen penghormatan khas buat Puan Halimah di kala beliau meniti hari-hari terakhir sebagai Presiden.

Segmen tersebut menyaksikan Puan Halimah menerima cenderahati dan dibacakan syair istimewa bagi mengenang jasanya sebagai ketua negara.

Acara tersebut turut menyaksikan cek bernilai $200,000 sumbangan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) diserahkan kepada Puan Halimah bagi Cabaran Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >