Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kecoh walimah bawah blok: Kontraktor salah letak khemah, penganjur alih sendiri

Sep 20, 2023 | 10:52 AM



Trend majlis walimah di kolong blok sejak ia kembali semula selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan, kelihatan semakin rancak di sini.

Antara perkara yang sangat dirindui apabila menganjur majlis sebegitu adalah “kekecohan” yang berlaku semasa acara penuh bahagia itu.

Daripada kerja rewang hingga lewat malam kepada mengejar vendor untuk selesaikan hiasan dan pelamin tepat pada waktunya, salah satu penganjur walimah di sini pula merakam kejadian unik yang berlaku hujung minggu lalu.

Dalam satu video di TikTok yang menarik sekitar 15,000 tontonan sehingga 8 malam Selasa, ia menunjukkan kejadian di mana khemah bagi tukang masak dipasang di tapak yang salah.

Lantaran itu, kakitangan penganjur walimah itu terpaksa mengalihkan sendiri khemah itu yang dipasang sekitar 50 meter jauhnya daripada tapak yang sepatutnya.

Pengendali akaun TikTok itu, The Sue Tariq - sebuah firma penganjur acara walimah - menyatakan bahawa mereka diberitahu tukang masak mereka, bahawa khemah itu dipasang di tapak yang salah.

Sekitar 10 individu, termasuk tujuh lelaki kelihatan mengangkat khemah tersebut bersama, berjalan sekitar beberapa meter untuk mengalihkkannya.

“Nasib boleh angkat,” katanya.

Ketika dihubungi Berita Harian, pemilik firma penganjur walimah itu, Encik Muhammad Tariq berkata kejadian tersebut berlaku pada Jumaat (15 Sep) bagi acara yang bakal berlangsung sehari kemudian di salah sebuah blok di Tampines Street 11.

Beliau berkata, setelah pihaknya selesai menghiasi ruang acara, tukang masak telah menghubunginya dan memberitahu beliau bahawa paip air serta saluran elektrik terlalu jauh untuk mereka jalankan tugas.

“Mereka minta bantuan daripada saya untuk mengalihkan khemah itu,” kata Encik Tariq.

“Keadaan begini memang pernah berlaku antara tukang masak dan tukang pasang khemah. Tapi ia bukan masalah besar dan kami teruskan kerja sahaja,” tambahnya.

Seramai 10 kakitangan dikerah untuk berbuat demikian dan perjalanannya ke tapak sebenar di blok itu agak jauh.

“Rakaman video tersebut hanya separuh daripada yang sebenar. Blok di situ agak panjang juga,” ujarnya lagi.

Menurut Encik Tariq, trend mengadakan majlis walimah di kolong blok semakin rancak tahun ini.

Berbanding tahun lalu, bilangan tempahan yang diterima pihaknya tahun ini melonjak hingga 70 peratus, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >