Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai makan Jurong West digantung operasi, premis alami infestasi, antara lain

Sep 22, 2023 | 03:30 PM



Sebuah gerai menjual makanan India Muslim di Jurong West, Amin Mee Goreng Stall, telah digantung operasinya selama dua minggu dari 19 September hingga 2 Oktober.

Mengumumkan demikian di laman webnya, Agensi Makanan Singapura (SFA) menerangkan ini kerana gerai itu gagal memastikan premisnya bebas daripada infestasi dan gagal mendaftarkan pembantunya.

Dalam tempoh 12 bulan, gerai yang terletak di 498 Jurong West Street 41 itu telah dikenakan 12 mata demerit dan didenda $800 buat kesalahan demikian.

Setiap kesalahan itu membawa kepada enam mata demerit.

Berdasarkan rekod, pemegang lesen yang meraih 12 atau lebih mata demerit dalam tempoh 12 bulan boleh digantung lesennya buat tempoh sama ada dua atau empat minggu, atau dibatalkan.

Semua yang mengurus makanan yang bekerja di premis yang digantung juga diperlukan menghadiri semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 1 Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ), sebelum mereka boleh sambung pekerjaan mereka. 

Pemegang lesen juga perlu memastikan bahawa semua pegawai kebersihan makanan yang bekerja di premis yang digantung itu, jika ada, menghadiri semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 3 WSQ, menurut SFA.

“SFA memandang serius kesalahan ini dan ingin mengingatkan pengendali makanan agar mematuhi amalan kebersihan peribadi dan makanan yang baik sepanjang masa, dan hanya menggunakan kakitangan berdaftar bagi pengurusan makanan. SFA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Sekitaran,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >