Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keganasan awam di Gaza tidak sejajar peraturan antarabangsa: Zaqy

Oct 23, 2023 | 04:15 PM



Tindakan yang tidak seimbang dan keganasan terhadap orang awam yang tidak bersalah adalah tidak sejajar dengan undang-undang antarabangsa dan bertentangan dengan semangat kemanusiaan, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

Dalam video yang dimuat naik ke Instagramnya pada Ahad, Encik Zaqy berkata melihat apa yang berlaku sejak dua minggu lalu di Gaza sangat “meremukkan hati”.

“Kehilangan nyawa tidak bersalah, terutama orang awam yang tidak berbahaya, termasuk warga emas dan kanak-kanak adalah sangat menyakitkan dan tidak perlu.

“Apa pun agama kita, kita semua bersetuju bahawa tindakan tidak seimbang dan keganasan terhadap orang awam yang tidak bersalah adalah tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa dan bertentangan dengan semangat kemanusiaan,” kata Encik Zaqy.

Beliau menyertai Presiden Tharman Shanmugaratnam pada Ahad untuk bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin agama di Singapura, mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka yang terjejas oleh krisis kemanusiaan di Gaza.

Lebih 100 pemimpin agama dan anggota Pertubuhan Antara Agama (IRO) berkumpul pada Ahad di Galeri Harmoni dalam Kepelbagaian (HDG) untuk mendoakan keamanan dan keselamatan orang awam dalam konflik yang berterusan di Gaza.

Memuji IRO menganjurkan usaha tersebut, Encik Zaqy berkata mengambil pendirian bersama sedemikian menghantar isyarat kuat bahawa keganasan seperti yang sedang berlaku itu tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana agama atau dibenarkan oleh mana-mana kumpulan agama.

“Sebagai masyarakat berbilang agama, kita lebih kuat bersama dan kita boleh melakukan bahagian kita secara proaktif sama ada melalui doa ringkas atau menyalurkan sumber dan tenaga kita ke arah usaha kemanusiaan bagi mereka yang terjejas.

“Hari ini kita berdoa bagi pengakhiran keganasan ini, untuk kita kekal bersatu serta kekuatan untuk kita semua bertindak secara positif dan dengan belas kasihan,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >