Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu lindung orang awam, benarkan lebih banyak bantuan ke Gaza: Presiden Tharman

Oct 22, 2023 | 08:07 PM



Keutamaan mendesak bagi konflik Israel-Hamas adalah untuk melindungi nyawa orang awam dan membenarkan jumlah bantuan kemanusiaan yang lebih besar masuk ke Gaza, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Mengakui sejarah kompleks kedua-dua belah pihak, Encik Tharman menegaskan bahawa tidak ada sebab yang wajar untuk kedua-dua pihak meragut nyawa orang awam sewenangnya, melanggar asas kemanusiaan serta undang-undang antarabangsa.

“Keutamaan mendesak buat masa ini mestilah melindungi nyawa orang awam dan membenarkan jumlah bantuan kemanusiaan yang jauh lebih besar untuk memasuki Gaza untuk mengelakkan malapetaka,” jelas Encik Tharman dalam catatan Facebooknya pada Ahad.

Encik Tharman turut menekankan lagi pendirian Singapura, bahawa satu-satunya penyelesaian yang adil dalam konflik Israel-Palestin yang telah lama berlarutan adalah penyelesaian dua negara yang dirundingkan.

Ini selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membolehkan rakyat Palestin dan Israel hidup dalam keamanan, keselamatan dan dengan bermaruah.

“Ia (huraian) harus membolehkan warga Palestin dan Israel hidup dengan aman, selamat dan bermaruah...ini akan mengambil masa. Tetapi ia boleh dicapai dengan sokongan dan komitmen pihak antarabangsa lain,” kata beliau.

“Permulaan paling penting ialah dengan melindungi orang awam dalam minggu dan bulan mendatang serta mengelak hukuman kolektif terhadap seluruh penduduk.”

Menurut Encik Tharman lagi, masyarakat dunia boleh memahami trauma yang dirasai oleh warga Israel berikutan serangan Hamas mahupun yang dialami oleh rakyat Palestin yang hidup di bawah kepungan Israel di Gaza selama 16 tahun.

“Namun satu perkara yang jelas. Tiada apa dalam sejarah rumit mereka atau kesedihan yang dialami kededua pihak boleh memberi sebab kepada tindakan meragut nyawa bagi kededua belah pihak.

“Ini melanggar prinsip moral manusia dan undang-undang antarabangsa,” ujar beliau.

Pada pagi Ahad, Encik Tharman menghadiri satu acara anjuran Pertubuhan Antara Agama (IRO) bersama lebih 100 pemimpin agama dan anggota IRO untuk mendoakan keamanan dan keselamatan mangsa awam dalam konflik yang berterusan di Gaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >