Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok denggi di Toa Payoh naik, tapi jumlah keseluruhan di S’pura berkurang

Jun 27, 2023 | 04:54 PM



Kelompok denggi di Toa Payoh naik kepada sejumlah 172 kes, bertambah sekitar 25 peratus daripada 139 kes yang dilaporkan minggu lalu.

Pada Selasa, laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata kelompok di beberapa blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta di kondominium Oleander Towers di Lorong 1 dan lorong 2 Toa Payoh mempunyai “kadar penyebaran yang agak pantas”, dengan 113 kes dikesan sepanjang dua minggu lalu.

Sejumlah 216 kes denggi telah dilaporkan di Singapura bermula 18 Jun sehingga Sabtu lalu, turun daripada 270 kes yang dilaporkan minggu sebelumnya.

Terdapat 41 kelompok denggi yang aktif, atau kawasan dengan penyebaran yang aktif.

Lima daripadanya dianggap amaran merah – dengan kawasan berisiko tinggi sebanyak 10 kes atau lebih – sehingga Isnin.

Kelompok kedua terbesar, meliputi beberapa blok di The Peak di Lorong 1A Toa Payoh, adalah sebanyak 17 kes, dengan 13 kes dicatatkan sepanjang dua minggu lalu.

Tiga lagi kelompok berisiko tinggi terletak di Jurong East Street 32, dua kondominium di Bishan – kondominium Faber Garden dan The Gardens – serta kondominium Grande Vista di Yio Chu Kang.

Denggi boleh berjangkit menerusi nyamuk Aedes aegypti , yang membiak dalam air yang bertakung.


“Setiap orang mesti ambil tindakan pantas untuk mengekang populasi nyamuk Aedes dan menghapuskan penyebaran penyakitnya,” kata NEA dalam lamannya itu.

Akhbar The Straits Times telah menghubungi NEA untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.


Sementara itu jumlah kes Zika di Singapura kekal pada 21. Tiada kelompok Zika aktif yang dikesan.

Seperti denggi, penyebaran virus Zika berlaku menerusi gigitan nyamuk Aedes.

Pada 15 Jun, akhbar ini melaporkan bahawa bilangan kes denggi di Singapura meningkat kepada 163 pada minggu 4 hingga 10 Jun, bertambah sekitar 50 peratus daripada minggu sebelum itu, apabila 111 kes dilaporkan.

Pada ketika itu terdapat 31 kelompok denggi aktif.

Daripada 31 kelompok itu, tiga ditandakan sebagai amaran merah, atau zon risiko tinggi yang mempunyai 10 atau lebih banyak kes.

Pada Mac 2023, NEA memberi amaran bahawa wabak denggi besar berkemungkinan berlaku di Singapura dengan kedatangan bulan-bulan panas Jun ke Ogos, di tengah-tengah peningkatan populasi nyamuk Aedes aegypti dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >