Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SHAHIDAH TRAVEL AND TOURS

Keluarga tidak perlu risau, jemaah haji dijaga sempurna

Nov 28, 2023 | 06:00 AM



Seruan menunaikan haji adalah satu ibadah yang besar di jalan Allah swt, apatah lagi apabila seseorang itu harus meninggalkan keluarga.


Panggilan suci ini tidak sama dengan ibadah fardu seperti solat misalnya, kerana ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal, sebelum jemaah berangkat menyahut seruan ibadah tersebut.

Encik Ayoob Angullia, Pengarah Urusan Shahidah Travel and Tours, menerangkan bahawa ibadah yang dilakukan ini juga menyuntik hubungan kasih sayang, khususnya antara jemaah haji dengan keluarga mereka.

Katanya: “Perkara paling bermakna ialah penyaksian kasih sayang dalam sesebuah keluarga apabila salah seorang daripada mereka terpilih untuk menunaikan haji. Walaupun anak-anak tidak boleh mengikut ibu bapa mereka, tetapi mereka sangat mengambil berat tentang kesihatan dan keperluan harian kedua-duanya.

“Jadi, mereka ingin memastikan ibu bapa mereka mendapat keperluan dan kefahaman agama yang baik agar perjalanan haji tersebut berjalan dengan lancar.”

PERKHIDMATAN MENYELURUH


Mengulas lanjut, Encik Ayoob Angullia berkata tugasan mengurus jemaah haji sangat mencabar tetapi Shahidah Travel and Tours teruja dalam menyediakan khidmat pengurusan haji yang melengkapi pelbagai aspek daripada sudut rohani dan jasmani.

“Tanggungjawab memudahkan jemaah adalah keutamaan kami. Seperti yang diharapkan oleh keluarga, mereka memerlukan penjagaan yang rapi dari segi keperluan harian, penginapan dan kefahaman agama.

“Jemaah memerlukan tempat tidur yang selesa agar mereka memperoleh rehat yang cukup untuk memaksimumkan ibadah di tanah suci.

“Dari segi makanan pula, Shahidah Travel and Tours hanya menyediakan makanan terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan jemaah.

“Hal ini bermaksud, kami menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh bermula daripada kelengkapan asas, penjagaan kesihatan (makan dan minum), serta panduan ilmu agama dan mengerjakan ibadah haji.

“Kami ingin menciptakan suasana yang gembira kepada jemaah yang mengerjakan haji dan buang segala keraguan yang mereka hadapi. Dengan bimbingan daripada pihak kami, insya-Allah, perjalanan haji mereka akan lebih teratur.

“Justeru, jemaah akan kembali ke tanah air dalam keadaan berpuas hati, dengan harapan kepulangan jemaah juga mendatangkan impak yang positif ke dalam kehidupan dunia dan akhiratnya,” sebut Encik Ayoob Angullia.

USAHAKAN YANG TERBAIK


Sebagai agensi pengendali haji yang bermula dari 1987 lagi, Shahidah Travel and Tours sentiasa berusaha mendapatkan khidmat Masyair terbaik dengan kelulusan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Dalam pada itu, Encik Ayoob Angullia turut mengutarakan tentang cabaran yang perlu dihadapi oleh jemaah musim haji 1445H.

Tambah Encik Ayoob Angullia: “Di samping cabaran cuaca yang panas, jemaah, khususnya mereka yang berusia akan mengalami kesusahan berjalan. Sebahagian jemaah yang sakit pula tidak berupaya tidur di lantai. Walau bagaimanapun, pihak kami akan mencuba membantu meringankan cabaran tersebut dengan menyediakan perkhidmatan menyeluruh terbaik.”

MAKLUMAT LANJUT


1. Hubungi talian +65 6299-2345 untuk mendapatkan khidmat haji dan umrah.

2. Whatsapp ke talian +65 9072-9982 atau e-mel kepada Instashahidah@gmail.com untuk mengemukakan sebarang pertanyaan.

3. Kunjungi pejabat di 390 Victoria Street Golden Landmark #01-26 (Haj/Umrah) #01-25 (Shahidah Holidays) Singapore 188061.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >