Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat Ehwal Jemaah Haji S’pura terima anugerah berprestij Saudi

Jul 02, 2023 | 03:38 PM



Buat julung kalinya, Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO) telah diberi Anugerah Labbaitum oleh Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi.

Anugerah berprestij itu diberikan untuk mengiktiraf kejayaan SPAO menyediakan perkhidmatan yang cekap serta inisiatif berkualiti dan kreatif kepada jemaah haji Singapura pada musim haji ini.

Ketua Delegasi Haji Singapura, Encik Saat A. Rahman dan Ketua SPAO, Encik Kadir Maideen menerima anugerah tersebut daripada Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Fawzan Al-Arabiah pada Majlis Penutupan Haji di Mekah.

Menurut satu kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), aplikasi mudah alih PilgrimSG yang direka oleh SPAO merupakan salah satu ciri utama yang meningkatkan lagi pengalaman jemaah haji Singapura semasa menunaikan haji.

Aplikasi itu menyediakan maklumat masa sebenar tentang pergerakan dan aktiviti jemaah haji serta membolehkan jemaah menempah konsultasi perubatan mereka.

Antara ciri unik aplikasi tersebut ialah ‘hot button’ yang membolehkan jemaah meminta bantuan.


Permintaan mereka itu akan diberitahu kepada pasukan SPAO dengan serta-merta.

Sebelum menerima Anugerah Labbaitum, SPAO telah dinilai bersama 30 negara lain yang mempunyai jemaah kurang daripada 3,000 orang.

Encik Kadir memuji pasukan SPAO atas komitmen yang tidak berbelah bagi untuk memastikan jemaah haji Singapura menikmati perjalanan Haji yang lancar dan bermakna.

Beliau seterusnya merakamkan penghargaan kepada agensi-agensi pelancongan yang dilantik untuk menyediakan perkhidmatan haji, Pejabat Konsulat Singapura di Jeddah dan pihak berkuasa Arab Saudi atas sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada pasukan itu.

Dalam pada itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu pos di Facebook, mengucapkan tahniah kepada SPAO dan Muis atas penganugerahan itu.

“Pencapaian besar ini hanya boleh dicapai dengan kerja rapat semua ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) yang dilantik, Konsulat-Jeneral Singapura di Jeddah dan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama sekali para pemimpin dan anggota SPAO dahulu dan sekarang - mereka telah menunjukkan dedikasi yang tidak berbelah bagi dalam memberikan khidmat cemerlang kepada jemaah kita melalui sokongkan yang terbaik di tanah suci,” tulisnya.

Memuji Muis, Encik Masagos berkata penerimaan anugerah ini merupakan satu lagi kejayaan di persada antarabangsa, menyusuli pencapaian Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Muis yang memenangi Anugerah Imam Al-Qarafi bagi Kecemerlangan dalam Fatwa pada November lalu.

“Kejayaan-kejayaan ini membuktikan bahawa walaupun kecil, masyarakat Muslim Singapura kita mampu membuat kemajuan dan sumbangan yang besar di persada dunia sebagai masyarakat minoriti Islam yang gemilang,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >