Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kumpulan pertama 101 jemaah haji S’pura selamat pulang ke tanah air

Jemaah kongsi rasa pilu disambut orang tersayang di dewan ketibaan lapangan terbang.
Jul 04, 2023 | 05:37 PM



Kumpulan pertama jemaah haji Singapura telah selamat pulang ke tanah air tengah hari Isnin, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Kumpulan itu terdiri daripada 101 jemaah yang dikendali dua ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA), merangkumi 45 jemaah daripada TM Fouzy Travel and Tours dan 56 jemaah daripada Shahidah Travel and Tours.

Ini tidak termasuk dua pegawai Shahidah yang mengikuti rombongan itu pulang bersama mereka.

Kumpulan itu tiba di Lapangan Terbang Changi sekitar 3.30 petang pada Isnin, kata para pengarah syarikat-syarikat tersebut yang dihubungi Berita Harian.


Pengarah Urusan Shahidah Travel and Tours, Encik Ayoob Yacoob Angullia, yang masih berada di Makkah dan akan pulang pada Rabu berkata kumpulan pertama yang tiba di Singapura itu adalah kumpulan pakej sekitar 20 hari yang telah berangkat dari Singapura pada 10 Jun.

“Rata-rata jemaah kami baik-baik sahaja dan mereka merupakan golongan yang mempunyai cukup masa bagi membiasakan diri dengan cuaca di Makkah,” tambahnya.

Muis dalam posnya di Facebook tengah hari Selasa berkata: “Alhamdulillah, kumpulan pertama jemaah haji Singapura selamat pulang tengah hari semalam (Isnin).

“Sudah tentu ia merupakan pertemuan semula yang dipenuhi pelukan dan tangisan bahagia bagi para jemaah dan ahli keluarga yang menyambut ketibaan mereka di lapangan terbang,” jelas kenyataan Muis sambil mengucapkan haji mabrur kepada para jemaah.

Seorang jemaah, Encik Rashid Abdul Muhd Ibrahim, 73 tahun, dan isterinya Cik Farida Eusoff Patail, 69 tahun, berkata mereka tidak dapat menahan rasa pilu disambut pulang di pintu keluar dewan ketibaan Terminal 3 oleh anak lelaki mereka dan sanak saudara.







Ini merupakan kali pertama mereka menunaikan ibadah itu selepas membuat pendaftaran sekitar 12 tahun lalu dan pernah membatalkan undangan haji dua tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19.

“Perjalanan kami di Makkah agak mencabar dengan keadaan cuaca dan rasa letih yang kami alami. Saya sendiri perlu diletak di bawah drip beberapa kali kerana kehausan dan cuaca panas. Tetapi syukur pegawai Shahidah dan para ustaz banyak membantu kami agar semua berjalan dengan lancar,” kata Encik Rashid, seorang pesara.


“Kami benar-benar dibimbing dan dijaga rapi,” tambahnya.

Cik Farida yang menghidap batuk-batuk selepas pulang dari Tanah Suci pula berkata beliau berasa pilu apabila menjejak kaki semula di negara sendiri.

“Sebab sepanjang sekitar 20 hari asyik baik kemudian sakit, baik kemudian sakit lagi, saya rasa boleh tak kami selesaikan ibadah Haji dan pulang ke rumah dengan selamat?

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu, tetapi syukur kami sudah pulang,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >