Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kem Cip Pertama di S’pura tingkat minat pelajar menengah dalam bidang Stem

Nov 06, 2023 | 07:38 PM



Kem Cip Micron pertama di Singapura diadakan oleh Micron Technology Inc. dan Yayasan Micron dengan kerjasama Yayasan Mendaki dan Pusat Sains Singapura.

Seramai 55 pelajar sekolah menengah Melayu/Islam diberi peluang pembelajaran amali dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) berkaitan pembuatan dan kejuruteraan semikonduktor dalam program tiga hari.

Kem itu merupakan salah satu inisiatif di bawah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) tiga tahun antara Mendaki dengan Micron Technology, yang ditandatangani kedua-dua pihak pada Julai, kata Encik Teddy Pramono, pengarah kanan kilang fabrikasi Micron Technology.

Kem itu diadakan dari 6 November hingga 8 November. 

Semasa temu bual bersama Berita Harian, Encik Teddy, berkata: “Matlamat utama program ini adalah meningkatkan semangat pelajar terhadap pendidikan Stem dengan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan seperti mendedahkan mereka kepada proses pembuatan semikonduktor.”


Pada dua hari pertama kem itu, pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti dan eksperimen di Pusat Sains Singapura yang membolehkan mereka meneroka prinsip elektronik digital dan kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan cip elektronik kecil secara besar-besaran.

Encik Teddy berkata pada hari terakhir kem itu, pelajar diberi peluang melawat kemudahan Micron Singapura dan melihat bagaimana cip dibuat dalam persekitaran kilang sebenar, yang “melibatkan pelbagai robot dan sistem pembuatan automatik sepenuhnya yang juga menggunakan kecerdasan buatan”. 

Pakar pasukan Micron juga akan memberi penjelasan keseluruhan mengenai proses dalam industri semikonduktor.

Salah seorang peserta, Muhammad Noor Ali Md Idros, pelajar menengah satu Institusi Raffles, berkata:

“Fasilitator di Pusat Sains telah membimbing kami dalam aktiviti yang menarik dan tidak terlalu mencabar. Ini meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan saya dan menimbulkan minat saya dalam bidang kejuruteraan.”

“Saya bersyukur dapat terlibat dalam pelbagai aktiviti yang biasanya tidak dapat dilakukan di sekolah seperti menggunakan alat papan roti atau ‘breadboard’ untuk membina papan litar LED,” kata seorang lagi peserta, Muhammad Waldan Rahmat, pelajar menengah dua dari Sekolah Menengah Westwood. 


Encik Teddy turut mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi yang telah memberi sumbangan sambil menekankan peranan penting Pusat Sains dalam menjalankan program ini.

“Program ini memang sudah dilaksanakan oleh Yayasan Micron di negara lain sebelum ini. Pusat Sains membantu mereka bentuk program ini dengan teliti agar sesuai dengan kurikulum pelajar dan konteks tempatan, memastikan pengalaman pembelajaran bukan sahaja relevan tetapi juga memberi kesan yang mendalam,” tambah beliau.

Cik Zuraidah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, menyampaikan harapan supaya Mendaki dan Micron Technology dapat terus bekerjasama untuk membangun dan mengukuhkan laluan pelajar dalam bidang Stem melalui biasiswa, latihan praktikal, bimbingan, pembelajaran lawatan dan program sukarelawan korporat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >