Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian pegawai: Polis akan semak dakwaan diskriminasi di tempat kerja, serah dapatan kepada AGC

Jul 24, 2023 | 08:09 PM



Polis akan menyemak dakwaan diskriminasi di tempat kerja dan menyerahkan dapatannya kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk semakan bebas menyusuli kematian Sarjan Uvaraja Gopal.

Polis berkata demikian dalam satu kenyataan pada Isnin, sebagai respons terhadap dakwaan Sarjan Uvaraja, 36 tahun, yang ditemui mati pada Jumaat lalu. Beliau merupakan pegawai di Divisyen Polis Ang Mo Kio.

Polis juga menyiasat dakwaan diskriminasi kaum terhadap Sarjan Uvaraja dan mendapati ia tidak berasas.

Sarjan Uvaraja telah mendakwa dalam catatan Facebook pada Jumaat lalu bahawa beliau dibuli di tempat kerja oleh pihak atasan, dianiaya atas dasar kaum, dan telah meminta bantuan tetapi tidak menerimanya.

Polis berkata dalam catatan Facebook pada Jumaat lalu bahawa Sarjan Uvaraja ditemui mati di kaki Blok 393 Yishun Avenue 6 pada hari sama, dan mereka akan menyiasat dakwaannya. Mereka tidak mengesyaki unsur khianat.

Sebagai tindak balas terhadap dakwaan itu, polis berkata pada hari Isnin bahawa Sarjan Uvaraja telah membuat beberapa aduan terhadap pihak atasan dan rakan kerjanya selama bertahun-tahun, dan menghadapi “cabaran besar” di tempat kerja.

Pihak atasan cuba membantunya dalam beberapa cara, termasuk melatihnya mengenai isu prestasi dan membantunya berpindah ke tempat lain atas permintaannya ke enam unit kerja berbeza dalam tempoh sembilan tahun, kata polis.

Pada 2023, beliau telah bekerja kurang daripada 25 hari atas sebab yang sama, kata polis.

Terbaru, pada Januari 2023, beliau telah dirujuk kepada seorang kaunselor para selepas melaporkan mengalami tekanan kerja. Kaunselor para tidak memiliki kelayakan kaunseling formal, tetapi dilatih dalam kaunseling asas, campur tangan krisis dan sokongan rakan sekerja.

Pada 16 Februari, beliau telah dipindahkan ke unit baru dan menunjukkan tanda-tanda emosi yang tidak stabil. Beliau menemui seorang kaunselor para pada hari yang sama dan kemudiannya dirawat oleh pakar psikologi dari Jabatan Perkhidmatan Psikologi Polis.

Polis juga menyatakan bahawa Sarjan Uvaraja menghadapi ketegangan dengan keluarganya. Pada petang 13 Julai, polis menerima beberapa panggilan bantuan di kediaman ibu bapanya. Apabila mereka tiba, mereka mendapati Sarjan Uvaraja menghadapi pertikaian dengan keluarganya berhubung hal kewangan.

Beliau juga didakwa telah menyerang abangnya dan akibatnya, polis memulakan siasatan terhadapnya bagi kesalahan menyebabkan kecederaan dan gangguan yang disengajakan. Ini adalah kes yang belum selesai, tambah polis.

Keesokan harinya, pada 14 Julai, ibu Sarjan Uvaraja membuat laporan polis terhadapnya, mengatakan bahawa beliau bimbang akan keselamatannya.

Ini diikuti dengan panggilan mendapatkan bantuan polis pada hari sama oleh kakak ipar Sarjan Uvaraja yang mengatakan beliau berada di luar rumahnya. Beliau meninggalkan kawasan itu selepas polis tiba.

Polis berkata mereka telah memaklumkan kepada ibu bapa Sarjan Uvaraja dan abang-abangnya tentang tindakan mendedahkan maklumat ini kepada orang ramai, dan anggota keluarga memahami perlunya mengeluarkan maklumat tersebut.

Dapatan daripada semakan polis itu akan diserahkan kepada AGC serta kepada Menteri Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, yang akan memutuskan sama ada semakan lanjut diperlukan.

Polis juga mengucapkan terima kasih kepada Sarjan Uvaraja dan keluarganya atas perkhidmatannya selama lebih 10 tahun dan memberikan mereka “bantuan sepenuhnya”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >