Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis akan siasat dakwaan diskriminasi kaum, lain-lain, susulan kematian pegawai polis: Shanmugam

Pegawai polis, Uvaraja Gopal meninggal dunia di hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri di kaki blok di Yishun. Awal dari itu beliau timbulkan beberapa dakwaan ke atas rakan kerja di Facebook.
Jul 22, 2023 | 10:56 AM



Pasukan Polis Singapura (SPF) telah diarah untuk menyiasat dakwaan berlaku diskriminasi kaum, pembulian di tempat kerja dan beberapa dakwaan lain, menyusuli kematian seorang pegawai polis pada Jumaat, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Lelaki berusia 36 tahun itu, yang dikenal pasti sebagai seorang pegawai polis, meninggal dunia di hospital selepas beliau ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di kaki blok perumahan di Yishun, kata polis dalam kenyataan di Facebook.

Polis telah menerima panggilan memohon bantuan sekitar 4.55 petang, apabila Encik Uvaraja Gopal ditemui di Blok 393 Yishun Avenue 6.

Beliau dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri ke hospital, di mana beliau meninggal dunia.

Encik Shanmugam, yang menamakan pegawai itu, berkata Encik Uvaraja meninggal dunia dalam keadaan tragik dan beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya, dalam catatannya di Facebook dan Instagram.

“(Encik Uvaraja) telah menyiarkan catatan, di mana beliau, antara lain, berkata beliau berdepan dengan diskriminasi kaum di SPF. Dakwaan itu dan beberapa yang lain adalah serius,” kata Encik Shanmugam. 

“Saya telah mengarahkan SPF agar menyiasat perkara itu secara terperinci. Kami akan mencari sebab sebenar dan bersikap bertanggungjawab. 

“Kami mempunyai dasar jelas untuk mencegah diskriminasi. Semua pegawai berhak mendapat layanan adil. SPF, sebagai satu pertubuhan komited pada pendirian itu. Kami akan menyiasat fakta yang ada.”

Dalam satu catatan di Facebook pada petang Jumaat yang kini telah dipadamkan, Encik Uvaraja berkata beliau telah dibuli di tempat kerja oleh orang atasan dan dianiaya secara perkauman oleh anggota pasukan. Beliau juga mendakwa telah meminta pertolongan yang tidak diberikan kepadanya.

Menulis di Facebook, SPF berkata:

“Polis sedar akan cabaran di tempat kerja yang telah ditimbulkan oleh pegawai tersebut menerusi catatan di Faceboook dan kami telah menawarkan beberapa pertolongan kepada beliau.”

Menambah, polis berkata ia tidak mengesyaki sebarang salah laku berhubung kematian Encik Uvaraju dan siasatan sedang dijalankan.

“Kami akan menyiasat secara terperinci dan akan menyiasat semua isu yang ditimbulkannya menerusi catatan itu,” kata SPF.

“Kami amat berduka cita akan kematian seorang rakan kerja. Kami mengutarakan takziah yang teramat kepada keluarga pegawai polis itu dan sedang memberi bantuan kepada keluarga dalam masa yang sedih ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >