Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemenangan Tharman cermin nilai meritokrasi, kepelbagaian budaya S’pura: Masagos

Sep 02, 2023 | 07:35 PM



Kemenangan Encik Tharman Shanmugaratnam dalam Pilihan Raya Presiden 2023 adalah suatu kemenangan yang ketara buat meritokrasi dan kehidupan kepelbagaian budaya yang telah lama kekal di Singapura, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Dalam satu catatan Facebook yang dikeluarkannya pada Sabtu, Encik Masagos menyifatkan kemenangan Encik Tharman sebagai suatu “mandat yang kuat” untuk beliau menyandang jawatan sebagai Presiden Singapura kesembilan.

“Sokongan ini jelas datang daripada rakyat Singapura, lelaki dan wanita, daripada setiap lapisan masyarakat, tidak kira umur, bangsa, bahasa atau agama.

“Ia adalah kemenangan yang ketara buat meritokrasi dan kepelbagaian budaya – yang merupakan nilai-nilai suci dan berterusan, yang telah menyatukan masyarakat kita selama beberapa dekad,” kata Encik Masagos.

Dalam pada itu, beliau juga menggalak rakyat Singapura supaya bersatu dan terus bekerjasama, berganding bahu untuk membawa Singapura ke hadapan.

Selain Encik Masagos, beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam, termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman; dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar), turut merakamkan ucapan tahniah buat Encik Tharman.

Dalam catatan Facebooknya, Dr Maliki berkata beliau telah menyaksikan sendiri komitmen Encik Tharman memupuk masyarakat yang lebih inklusif, dan keinginan serta penglibatan ikhlas beliau dengan rakyat Singapura dari semua lapisan masyarakat.

“Saya yakin sebagai Ketua Negara kita yang seterusnya, (Encik Tharman) akan dapat menyatukan dan membawa rakyat kita bersama, dan mengibarkan bendera kita tinggi di pentas antarabangsa,” kata Dr Maliki.

Encik Zaqy berkata kemenangan Encik Tharman menunjukkan bahawa rakyat Singapura inginkan seorang Presiden yang bukan hanya dapat menyatukan rakyat, malah dapat mewakili mereka di peringkat setempat dan antarabangsa.

“Kita dapat melihat perkembangan Singapura hari ini di mana seorang Presiden dari kaum minoriti dipilih oleh rakyat ketika pilihan raya Presiden kali ini.

“Kita telah melihat bagaimana rakyat Singapura telah memilih seorang Presiden yang berprestasi dan mampu membawa Singapura ke hadapan sebagai seorang Presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Pusat Penjaja Marsiling Mall pada Sabtu pagi, bersama-sama para pemimpin akar umbi serta penduduk untuk menyambut ketibaan Encik Tharman dan isterinya, Cik Jane Ittogi.

Dalam Pilihan Raya Presiden pada Jumaat, Encik Tharman, 66 tahun, memperoleh 70.4 peratus undi, manakala pesaing beliau, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian, kedua-duanya berusia 75 tahun, masing-masing menerima 15.72 peratus dan 13.88 peratus.

Dr Wan Rizal dan Encik Fahmi, dalam catatan Facebook mereka pula berkata, kemenangan Encik Tharman mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap prestasi dan kepimpinannya.

“Sokongan luar biasa daripada rakyat Singapura mencerminkan kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kepimpinan beliau… kami menjangkakan masa depan yang cerah dan baik di bawah bimbingannya.

“Encik Tharman dan Cik Jane Ittogi, sudah pasti akan mewakili negara kita dengan martabat dan budi di pentas global. Komitmen mereka untuk mengibarkan bendera kita dengan tinggi dan bangga di seluruh dunia akan mempamerkan kekuatan, perpaduan dan kecemerlangan Singapura,” kata Dr Wan Rizal.

Dalam catatan Facebooknya juga, selain ucapan tahniah buat Encik Tharman, Encik Fahmi turut merakamkan penghargaannya terhadap Presiden Halimah Yacob atas perkhidmatannya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Halimah atas perkhidmatan berdedikasi beliau sebagai Ketua Negara wanita pertama Singapura.

“Kepimpinan, komitmen dan sumbangan beliau telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan, dan legasi beliau akan dikenang bagi generasi akan datang,” kata Encik Fahmi.

Laporan tambahan MUHAMMAD FAKHRURADZI ISMAIL







“Sokongan ini jelas datang daripada rakyat Singapura, lelaki dan wanita, dari setiap lapisan masyarakat, tidak kira umur, bangsa, bahasa atau agama. Ia adalah kemenangan yang ketara buat meritokrasi dan kepelbagaian budaya - yang merupakan nilai-nilai suci dan berterusan, yang telah menyatukan masyarakat kita selama beberapa dekad.”

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.


“Saya telah menyaksikan sendiri komitmen anda untuk memupuk masyarakat yang lebih inklusif. Keinginan dan penglibatan ikhlas anda dengan rakyat Singapura dari semua lapisan masyarakat sememangnya memberi inspirasi. Saya yakin sebagai Ketua Negara kita yang seterusnya, anda akan menyatukan dan membawa rakyat kita bersama, dan mengibarkan bendera kita tinggi di pentas antarabangsa,”

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.


“Kita dapat melihat perkembangan Singapura hari ini di mana seorang Presiden dari kaum minoriti dipilih oleh rakyat ketika pilihan raya Presiden kali ini. Kita telah melihat bagaimana rakyat Singapura telah memilih seorang Presiden yang berprestasi dan mampu membawa Singapura ke hadapan sebagai seorang Presiden,”

Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >