Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepimpinan baru di Madrasah Aljunied, Al-Arabiah

May 31, 2023 | 08:33 PM



MADRASAH Aljunied Al-Islamiah (MAA) dan Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) akan dipimpin pengetua dan naib pengetua baru mulai Khamis.

Madrasah Aljunied telah melantik Encik Herman Cher Ma’in sebagai pengetua dan Ustaz Dr Afif Pasuni selaku naib pengetua.

Di Madrasah Al-Arabiah, Cik Aisha Abdul Manaf dan Encik Abdul Ghani Md Isa, masing-masing dinaikkan pangkat selaku pemangku pengetua dan naib pengetua.

Menyatakan demikian dalam satu kenyataan pada Rabu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata perubahan tersebut merupakan sebahagian daripada kitaran pembaharuan kepimpinan dalam sektor madrasah sepenuh masa, menyusuli pelantikan terkini di madrasah sepenuh masa lain sejak beberapa tahun lalu.

“Saban tahun, madrasah kita telah membangunkan pasukan kepimpinan mereka untuk memastikan kestabilan, serta menetapkan arah tuju dan membuat transformasi.

“Proses pembaharuan kepimpinan juga membolehkan madrasah kita untuk meraih daripada perspektif baru dan mengupayakan pengetua berpengalaman untuk berkongsi amalan terbaik di serata madrasah.

“Para pengetua baru itu akan berpeluang menghadapi cabaran baru dan mengukuhkan kerja madrasah di mana mereka dilantik untuk memimpin,” kata kenyataan itu.

Encik Herman berkata beliau mendapat inspirasi daripada tradisi pengetua masa lalu di Madrasah Aljunied.

“Visi ini termasuk membina satu budaya cemerlang dan komitmen berterusan kepada nilai-nilai Islam dan pencapaian akademik dalam masyarakat Madrasah Aljunied,” katanya.

Cik Aisha pula berkata:

“Kepimpinan MAI akan terus menyegarkan sekitaran madrasah, memberi inspirasi kepada kakitangan, dan membangunkan satu budaya pembaikan berterusan, sehingga membawa kepada pencapaian akademik yang lebih luas dan pembangunan menyeluruh untuk pelajar.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >