Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta di Yishun terbakar dan meletup, tiada cedera

Oct 03, 2023 | 04:04 PM



Sebuah kereta mengalami kebakaran di Yishun pada petang Isnin dengan beberapa pengguna di media sosial turut merakam satu letupan berlaku pada kereta itu ketika ia terbakar.

Dalam satu video dimuat naik di laman Facebook SG Road Vigilante, ia menunjukkan sebuah kereta Mazda Biante berwarna putih terbakar dengan salah satu pintunya terbuka.

Kejadian itu kelihatan berlaku di laluan masuk sebuah kejiranan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dekat dengan salah satu blok perumahan.

Dalam satu video berasingan dimuat naik di TikTok pula, seorang pengguna bernama Themoolahmama merakam saat kereta itu mengalami letupan ketika ia sedang terbakar.







Pegawai bomba kemudian tiba di tempat kejadian untuk memadamkan api tersebut disaksikan beberapa pejalan kaki dekat kawasan kejadian.

Dalam kenyataannya, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan tentang kebakaran itu yang berlaku di Blok 455 Yishun Street 41 pada Isnin, 6.45 petang.

Kebakaran tersebut melibatkan bonet enjin kereta itu.

Pegawai berjaya memadamkannya menerusi jet air dan tiada kecederaan dilaporkan.

SCDF berkata siasatan ke atas kebakaran itu masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >