Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes kereta Audi dijilat api: Pemilik kereta syukur tindak cepat keluar kereta

Sep 26, 2023 | 05:24 PM



Sekiranya beliau dan suaminya terlambat seminit sahaja untuk keluar daripada kereta mereka, nyawa mereka mungkin terancam.

Justeru, walaupun hatinya pedih melihat kereta Audi Q7 yang baru dibelinya setahun lalu dijilat api, Cik Jamaliah Mohd Musthapa hanya mampu berkata kepada dirinya, ‘Alhamdulillah saya selamat’, malah bersyukur dirinya bernasib baik.

Video yang menunjukkan kereta Cik Jamaliah, 44 tahun, dan suaminya, Encik Mohamad Azman Abdul Hakim, 45 tahun, terbakar di persimpangan Admiralty Road dan Marsiling Drive di Woodlands pada Sabtu menjadi tular di media sosial.

Dalam video tersebut, sebuah kereta hitam dilihat dalam keadaan rentung dan habis dijilat api.

“Saya diberitahu oleh kakitangan bengkel bahawa selalunya apabila kereta mengalami litar pintas atau kebakaran, kunci kereta tidak berfungsi dan pintu kereta selalunya tidak boleh dibuka,” kongsinya kepada Berita Harian (BH) sambil meluahkan kesyukuran mereka selamat.

Menceritakan saat-saat sebelum keretanya dijilat api, Cik Jamaliah berkata beliau dan suaminya sedang dalam perjalanan untuk menonton persembahan tamat prasekolah anaknya yang berusia enam tahun di Politeknik Republic (RP).

Tiba-tiba, asap putih mula keluar daripada ruang di bawah tempat duduk penumpang depan kereta.

Cik Jamaliah kemudian rasa bahawa tempat duduknya semakin panas dan asap menjadi hitam.

Pada ketika itu, suaminya terus menyuruhnya untuk keluar daripada kereta sambil suaminya memandu dengan perlahan sekali.

Suaminya kemudian mengundur kereta ke simpang lampu isyarat agar tidak menghalang kereta lain yang memandu di persimpangan sebelum turut keluar daripada kereta.

Kereta itu kemudian diselubungi api yang marak dan banyak letupan kedengaran, kongsi Cik Jamaliah.

“Saya terkejut kerana kami baru sahaja menghantar kereta untuk penyelenggaraan dan menukar bateri pada April... tetapi mujur anak-anak saya tidak berada bersama saya, dan kami tidak berada di tempat meletak kereta kerana itu boleh membawa kerosakan kepada kenderaan lain. Mujur kami bertindak dengan cepat, berhenti dan keluar daripada kereta,” ujar ibu dua anak itu.

Episod tragik itu bagaimanapun menjadi pengajaran buat Cik Jamaliah yang menasihati orang ramai agar menyimpan benda yang berat di dalam kereta, supaya sekiranya apa-apa terjadi, mereka boleh memecahkan tingkap dan keluar daripada kereta.

Beliau juga menggesa orang ramai agar membeli insurans yang menyeluruh dan bukan sekadar ‘berjimat’ duit untuk membeli insurans yang murah dan tidak memberi perlindungan penuh.

“Apa-apa boleh berlaku lebih-lebih lagi pada masa yang anda tidak menjangkanya,” kata beliau.

Buat masa sekarang, beliau berkata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang menyiasat punca kebakaran.

Beliau juga sedang menunggu hasil siasatan supaya dapat tahu perlindungan yang boleh dituntutnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >