Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama MSF-NUS bagi mahasiswajadi pendamping keluarga flat sewa

Sep 29, 2023 | 07:00 PM



Satu kerjasama baru antara Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) telah diumumkan pada Jumaat.

Sebagai sebahagian kerjasama tersebut, mahasiswa NUS akan menjadi relawan pendamping kepada keluarga ComLink, iaitu Rangkaian Sokongan Masyarakat yang menyediakan sokongan bersepadu kepada keluarga yang tinggal di flat sewa.

Dimulakan sejak 2022, kerjasama tersebut merupakan sebahagian Tonggak Masyarakat dan Penglibatan NUS, di mana para penuntut berpeluang mengambil kursus pembelajaran perkhidmatan untuk memahami dengan lebih mendalam isu-isu yang dihadapi masyarakat.

Mengumumkan kerjasama tersebut, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata sejauh ini, sekitar 430 mahasiswa NUS telah menjadi pendamping kepada keluarga ComLink – jumlah pendamping sukarela terbesar daripada mana-mana organisasi di sini.

“Saya harap lebih banyak PSEI (institusi pendidikan pascamenengah) dan anak muda akan melakukan sesuatu dengan tampil untuk menjadi Pendamping ComLink.

“Dengan berkhidmat sebagai pendamping ComLink, belia akan dapat memberi kesan secara langsung dan yang lebih ketara kepada kehidupan keluarga-keluarga ini dan membantu mereka mencapai cita-cita mereka,” kata Cik Sun.

Cik Sun telah menghadiri acara di NUS di mana sekumpulan pelajar dari PSEI telah membentangkan cadangan mereka mengenai pengukuhan mobiliti sosial kepada MSF.

Cadangan itu merangkumi pandangan 270 peserta yang telah menghadiri empat pendekatan Melakar Hala Tuju Singapura yang diadakan antara November 2022 dengan Februari 2023.

Sebanyak enam cadangan diberikan termasuk:

1. Menyediakan sokongan untuk meningkatkan kecelikan kewangan keluarga, dengan sokongan yang diberikan disesuaikan mengikut keperluan kewangan setiap keluarga.

2. Wujudkan skim kewangan yang menggalakkan amalan menabung.

3. Meningkatkan pengetahuan tentang sokongan sosial yang tersedia dan adakan portal sehenti bagi pencarian dan pemohonan skim khidmat sosial yang lebih mudah.

4. Meningkatkan pengetahuan tentang sokongan sosial dalam kalangan pelajar melalui usaha memperingati SG Cares Giving Week.


5. Meraikan pekerjaan ‘tangan’ dan ‘hati’ seperti mekanik, teknisyen, pekerja sosial dan jururawat melalui media sosial.

6. Mempermudahkan peluang untuk mendapatkan peluang bimbingan, perantisan dan latihan amali.

Bersama Cik Sun, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang turut hadir pada acara yang sama, telah menerima usulan tersebut bagi pihak kementerian.

Memberi ucapan penutup pada acara tersebut, Encik Masagos berkata adalah penting bagi anak muda untuk terlibat sama dalam membentuk Singapura.

“Kita berjaya bukan hanya kerana kebolehan kita yang menyebabkan kita berjaya, bahkan kita berjaya kerana sistem ini membolehkan kita berjaya, dan oleh yang demikian, adalah kewajipan kita untuk memahami bahawa apa yang telah kita terima, kita harus sumbang semula juga,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >